Soalan-soalan Lazim

ADUAN (4)

Soalan 1
Bagaimana cara untuk membuat aduan?
Jawapan :

Cara membuat aduan :

  1. Melalui Biro Pengaduan Awam (BPA)
  2. Melalui Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS)
  3. Melalui surat rasmi kepada jabatan
  4. Melalui emel JAIS; info@jais.gov.my
  5. Melalui talian telefon; 03-55143425 (Unit Perhubungan Awam & Penerbitan, JAIS)

Soalan 1
Bolehkah tindakan diambil dengan segera ke atas aduan yang dibuat?
Jawapan : Tindakan penguatkuasaan akan diambil dengan segera ke atas aduan yang lengkap berstatus FFA (untuk tindakan lanjut) dalam tempoh 24 jam dan jika ketiadaan penguatkuasa agama disebabkan hal-hal tertentu yang tidak dapat dielakkan maka pegawai masjid atau pegawai polis boleh membantu untuk membuat tangkapan.

Soalan 2
Siapakah yang boleh dihubungi untuk membuat tangkapan terhadap pasangan yang berkhalwat selain dari penguatkuasa JAIS?
Jawapan : Pegawai Masjid yang terdiri daripada Nazir, Imam, Bilal dan Siak adalah orang boleh dihubungi untuk membuat tangkapan kes khalwat kerana mereka telah diberi kuasa oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Selain itu, pengadu juga boleh terus memberi maklumat perlakuan jenayah Syariah ke mana-mana Balai Polis berhampiran

Soalan 3
Adakah orang awam mempunyai kuasa menangkap? Siapakah individu lain yang mempunyai kuasa menangkap selain Pegawai Penguatkuasa Agama JAIS?
Jawapan :

  1. Orang awam tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan tangkapan. Walaubagaimanapun orang awam boleh membantu Pegawai Penguatkuasa Agama JAIS ataupun Pegawai Masjid untuk menjalankan tangkapan dengan menyalurkan maklumat.
  2. Selain Pegawai Penguatkuasa Agama JAIS, pegawai-pegawai masjid yang terdiri daripada Nazir, Imam 1, Bilal 1 dan Siak 1 turut diberi kuasa oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam untuk menjalankan tangkapan di qariah masing-masing.

Soalan 4
Apakah tindakan pihak Penguatkuasa JAIS terhadap kegiatan maksiat yang berlaku di pusat membeli belah, taman rekreasi dan pusat hiburan terbuka secara terang-terangan?
Jawapan : Bahagian Penguatkuasaan menjalankan aktiviti rondaan berjadual di kawasan-kawasan Hotspot (kawasan merah) bagi membendung kegiatan maksiat yang dibuat secara terang-terangan seperti tempat membeli-belah, taman rekreasi dan pusat hiburan terbuka setiap hari mengikut lokasi-lokasi sasaran yang dikenalpasti. Kegiatan berkelakuan tidak sopan di tempat-tempat awam boleh diambil tindakan di bawah seksyen 31 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) tahun 1995. Sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM1000 ataupun 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Soalan 5
Adakah pihak Penguatkuasa JAIS boleh mengambil tindakan bagi kes yang berlaku di kilang-kilang?
Jawapan : Tindakan boleh dilakukan di mana-mana kawasan termasuk di kilang-kilang, jika ada maklumat awam yang lengkap dan berlakunya pelanggaran hukum syarak.

Soalan 6
Adakah menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang beragama Islam menjual minuman keras?
Jawapan :

  1. Ya. Perbuatan menjual minuman keras bagi orang Islam adalah salah menurut seksyen 18(2) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) tahun 1995. Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
  2. Selain itu, adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang beragama Islam membuat, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan.

Soalan 7
Apakah yang dimaksudkan dengan kelakuan atau perbuatan tidak sopan di tempat awam?
Jawapan : Kelakuan tidak sopan di tempat awam bermaksud apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana orang Islam dengan sengaja iaitu yang bertentangan dengan syarak secara terbuka di mana-mana tempat awam.

Soalan 1
Bagaimana untuk membuat aduan?
Jawapan :

Sebarang aduan boleh disalurkan melalui talian hotline 24 jam 
Bahagian Penguatkuasaan JAIS di talian 1800-88-2424 ataupun 
boleh hadir terus ke : 
Hotline Penguatkuasaan JAIS, 
Aras Bawah, Menara Utara, 
Bangunan Sultan Idris Shah, 
Seksyen 5, Persiaran Masjid, 
40676 Shah Alam, Selangor. 

Soalan 2
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku kejadian khalwat di kawasan saya?
Jawapan :

Apabila kejadian khalwat berlaku di kawasan anda langkah-langkah berikut perlu diikuti:-

  1. Melaporkan kejadian tersebut melalui talian tetap hotline 24 jam: 1800-88-2424
  2. Memberikan maklumat diri kepada pegawai bertugas.
  3. Memberikan maklumat kejadian khalwat seperti alamat kejadian yang tepat, nama dan latarbelakang orang yang disyaki (jika berkenaan) serta tanda-tanda kejadian disyaki berlaku seperti wujudnya kenderaan orang yang disyaki.

Soalan 3
Bolehkah pengadu mengetahui status aduan yang telah dibuat kepada pihak JAIS?
Jawapan : Status aduan yang lengkap boleh disemak oleh pengadu secara lisan dalam tempoh 10 hari selepas membuat aduan.

Soalan 4
Mengapakah pemberi maklumat perlu mengemukakan maklumat diri kepada pihak JAIS?
Jawapan : Maklumat pengadu diperlukan supaya boleh direkodkan dan dirujuk oleh pihak Penguatkuasa Agama pada bila-bila masa diperlukan serta menunjukkan kebertanggungjawaban pengadu terhadap aduan yang dikemukakan.

Soalan 1
Adakah pengadu akan dirahsiakan dan tidak akan dipanggil di mahkamah jika ada perbicaraan? Adakah identiti pengadu akan dirahsiakan dan dilindungi jika berlaku ancaman keselamatan?
Jawapan : Pihak pengadu akan dirahsiakan identiti untuk memelihara keselamatan pengadu. Walaubagaimanapun, pengadu hendaklah tampil apabila diperlukan pada bila-bila masa sekiranya diperlukan bagi tujuan siasatan.

Soalan 2
Apakah risiko ke atas pengadu yang membuat aduan ke penguatkuasa JAIS?
Jawapan : Seseorang yang membuat aduan atau memberikan apa-apa maklumat tentang suatu perlakuan jenayah syariah hendaklah memberikan secara benar dan jika didapati aduan yang diberikan itu palsu maka pengadu boleh disabitkan dengan suatu kesalahan menurut Seksyen 211 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor No. 3 Tahun 2003.

SEKOLAH (1)

Soalan 1
Apakah prosedur yang perlu diikuti untuk mendaftarkan Sekolah Islam Persendirian di Negeri Selangor?
Jawapan :

  1. Perlu mewujudkan sekolah terlebih dahulu mengikut peraturan dan syarat daripada pihak berwajib.
  2. Pemohon perlu mengisi borang pendaftaran sekolah yang boleh diperolehi di Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau di Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
  3. Borang yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) beserta dengan Minit Mesyuarat penubuhan sekolah dan sesalinan senarai ahli jawatankuasa Pengurusan Sekolah.
  4. Surat Perakuan Pendaftaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah borang tersebut diperaku dan diserahkan oleh Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) apabila selesai melakukan semakan dan pemantauan di sekolah tersebut.

Soalan 2
Apakah antara syarat-syarat untuk membina Sekolah Rendah Agama (SRA) / Kelas Asas Fardhu Ain Integrasi (KAFAI) baru di Negeri Selangor?
Jawapan :

  1. Penempatan atau Taman Perumahan baru yang telah ada Sekolah Kebangsaan (SK).
  2. Mempunyai tapak yang sesuai untuk membina sekolah.
  3. Jarak antara sekolah sediaada mestilah munasabah:
  4. A. Kawasan luar Bandar – sebuah sekolah bagi setiap kampung
    B. Kawasan Bandar/Taman Perumahan – sekurang-kurangnya satu kilometer
  5. Peruntukan pembangunan yang mencukupi dari pihak berwajib.

Soalan 3
Apakah jenis-jenis sekolah yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)?
Jawapan :

  1. Pra Sekolah (5-6 tahun).
  2. KAFA Integrasi (7-12 tahun).
  3. Sekolah Rendah Agama (SRA) (7-12 tahun).
  4. Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) (7-12 tahun).
  5. Sekolah Agama Menengah (SAM) (13-19 tahun).
  6. Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) (13-17 tahun).
  7. Maahad Integrasi Tahfiz dan Turath Selangor (MITS) (13-18 tahun).

Soalan 4
Bilakah pendaftaran murid Prasekolah JAIS dibuka?
Jawapan :

  1. Pendaftaran murid adalah pada 2 Mei hingga 31 Julai setiap tahun.
  2. Pengesahan pula adalah pada 1 Oktober hingga 30 November setiap tahun.

Soalan 5
Apakah dokumen yang diperlukan ketika mendaftar di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI)?
Jawapan :

  1. Borang permohonan pendaftaran Ujian Kelayakan Sekolah (UKS) yang boleh didapati di sekolah terkini.
  2. Salinan surat beranak anak
  3. Salinan dokumen pendaftaran Sekolah Kebangsaan (SK) anak.
  4. Salinan bil utiliti (elektrik atau air)
  5. Pengesahan pemastautin Selangor (jika berkenaan).

Soalan 4
Bagaimanakah caranya untuk membuat rayuan kemasukan ke Sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor?
Jawapan : Pemohon perlu mengisi borang rayuan yang boleh diperolehi di Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dan borang yang telah lengkap perlu dikembalikan ke tempat yang sama.

TAULIAH (13)

Soalan 1
Apakah syarat permohonan pas lawatan ikhtisas mengajar agama bagi warganegara asing di Negeri Selangor?
Jawapan :

  1. Berumur tidak lebih dari 60 tahun.
  2. Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
  3. Memasuki Malaysia melalui cara yang sah.
  4. Mempunyai latar belakang Pendidikan Islam dan berkelulusan sekurang-kurangnya di peringkat Sijil dalam bidang Pengajian Islam.
  5. Untuk jawatan Guru Tahfiz Al-Quran, pemohon hendaklah mempunyai Sijil Tahfiz Al-Quran dari Institusi Pengajian Tahfiz di dalam atau luar Negara yang diiktiraf oleh kerajaan.
  6. Masjid / Surau / Madrasah hendaklah berdaftar dengan JAIS.
  7. Berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  8. Tidak berhasrat untuk mengembangkan ideologi kepartian dan ajaran yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  9. Tidak menyentuh apa-apa berhubung Kebesaran, Kemuliaan, Kedaulatan Dan Kuasa-Kuasa Agong dan Raja-Raja Melayu.
  10. Tidak merendahkan perkara-perkara Khilafiah yang terdapat di dalam mazhab yang empat..
  11. Berakhlak baik dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah di Malaysia atau di Negara asal.
  12. Tidak menyinggung perasaan mana-mana kaum, agama, adat resam dan budaya penduduk tempatan yang boleh membawa ketegangan kaum dan agama.
  13. Jadual waktu mengajar mestilah berbentuk harian dan sepenuh masa iaitu sekurang-kurangnya lima (5) jam sehari berada di premis tempat bertugas.
  14. TMenggunakan kitab yang muktabar dan menyenaraikan nama-nama kitab yang digunakan untuk mengajar.
  15. Pemohon hendaklah mengisi borang secara online JAKIM sama ada bagi permohonan baru atau memperbaharui Pas Lawatan berkenaan.
  16. Pemohon hendaklah mencetak surat sokongan Pas Lawatan Ikltisas samada bagi pemohonan baru atau memperbaharui lanjutan dalam tempoh 14 hari bekerja di laman web JAKIM : http://e.ikhtisas.islam.gov.my

Soalan 2
Adakah syarat sokongan pas lawatan ikhtisas bagi tenaga pengajar warganegara Indonesia sama seperti warganegara asing yang lain?
Jawapan : Ya, sama.

Soalan 1
Apakah cara untuk memohon tauliah di Negeri Selangor?
Jawapan :

  1. Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Tauliah (LAM/BD/04-01) dengan lengkap.
  2. Permohonan tauliah hendaklah dihantar melalui Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran.

Soalan 2
Apakah prosedur yang perlu saya lalui untuk mendapatkan tauliah?
Jawapan :

  1. Mengisi Borang Permohonan Tauliah yang disediakan melalui Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran dengan tempat tinggal;
  2. Permohonan hendaklah disokong oleh dua (2) orang saksi yang mengetahui latar belakang dan kelayakan pemohon;
  3. Mengemukakan dua keping gambar, salinan kad pengenalan dan salinan sijil atau sijil-sijil yang telah disahkan yang berkaitan dengan kelayakan pemohon;
  4. Menghadiri dan lulus sesi temuduga secara lisan dan bertulis yang dikehendaki oleh Bahagian Dakwah JAIS;
  5. Keputusan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS;
  6. Perlu melepasi tapisan keselamatan dari IPK / PDRM; dan
  7. Pengeluaran kad tauliah akan dikeluarkan mengikut kategori yang diluluskan.

Soalan 1
Berapa lamakah tempoh tamat tauliah mengajar yang dikeluarkan oleh JAIS?
Jawapan : Tidak lebih daripada lima (5) tahun.

Soalan 1
Bagaimana cara saya hendak memperbaharui kad tauliah yang akan tamat dan telah tamat tempoh?
Jawapan :

  1. Kad tauliah akan tamat tempoh
  2.               Perlu memperbaharui tempoh sah tauliah, tidak lewat dari enam (6) bulan sebelum tarikh tamat tempoh sah.

  3. Kad tauliah telah tamat tempoh
  4.               Pemohon perlu mengisi borang seperti prosedurpermohonan yang baru.

Soalan 1
Siapa yang layak memohon tauliah?
Jawapan :

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin dalam Negeri Selangor Darul Ehsan tidak kurang 4 bulan dari tarikh memohon.
  4. Berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;a
  5. berumur 18 tahun ke atas;
  6. Sihat tubuh badan dan sempurna akal;
  7. Berakhlak dengan akhlak Islam;
  8. Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah;
  9. Mempunyai pengetahuan agama Islam sekurang-kurangnya di peringkat Empat Thanawi atau setaraf dengannya;
  10. Mendapat kebenaran bertulis daripada majikan.

Soalan 1
Apakah kategori tauliah mengajar yang ditetapkan?
Jawapan :

  1. Tauliah Ceramah Umum (D 1) yang membenarkan pemegangnya memberi ceramah umum berhubung dengan apa-apa aspek agama Islam di mana-mana tempat dan dengan apa-apa jua cara selain dari mengajar agama Islam secara berkala;
  2. Tauliah Mengajar Agama Islam Berkitab (D 2) yang membenarkan pemegangnya mengajar agama Islam secara berkala menggunakan kitab di mana-mana tempat;
  3. Tauliah Mengajar Al-Quran (D 3) yang membenarkan pemegangnya mengajar Al-Quran di mana-mana premis; dan
  4. Tauliah Khas (D 4) bagi individu yang tidak memiliki kelayakan pengetahuan agama Islam di peringkat Empat Thanawi dan mempunyai kepakaran tertentu seperti Motivasi, Pembangunan Insan, Zakat dan sebagainya.

Soalan 1
Apakah prosedur untuk mendapatkan kebenaran khas sementara kepada penceramah yang tidak mempunyai tauliah?
Jawapan :

  1. Penceramah Dalam Negeri
  2. - Pihak penganjur perlu mengisi Borang Kebenaran Khas yang boleh diambil di Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah atau Bahagian Dakwah JAIS dengan melampirkan latar belakang penceramah dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

    - Kelulusan dan Surat Kebenaran Khas akan dikeluarkan oleh Setiausaha Jawatankuasa Tauliah dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

  3. Penceramah Luar Negara
  4. - Pihak penganjur perlu mengisi Borang Kebenaran Pendakwah Singkat JAKIM secara online www.islam.gov.my

    - Pihak penganjur perlu mengisi Borang Kebenaran Khas di Pejabat Agama Islam yang berhampiran atau Bahagian Dakwah JAIS dengan melampirkan butiran dan latar belakang penceramah untuk mendapatkan sokongan dan Surat Kebenaran Khas.

Soalan 4
Bagaimana orang awam boleh mengetahui senarai terkini penceramah atau pendakwah di Negeri Selangor yang mempunyai tauliah?
Jawapan :

  1. Melalui laman web : www.jais.gov.my
  2. Merujuk di Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran.
  3. Merujuk di Unit Dakwah Dan Tarbiah Bahagian Dakwah JAIS di talian 03- 55143514 / 3513.

Soalan 1
Apakah perkara-perkara yang boleh menyebabkan tauliah mengajar ditarik balik?
Jawapan :

  1. Pemegang Tauliah telah melanggar atau tidak mematuhi atau tidak menjalankan mana-mana terma, syarat atau sekatan yang dinyatakan dalam tauliah;
  2. Pemegang Tauliah memberi ceramah umum atau mengajar agama Islam secara yang bertentangan dengan syariah atau akidah Islamiah;
  3. Pemegang Tauliah memberi ceramah umum atau mengajar agama Islam yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak suka terhadap Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau bagi mengembangkan perasaan buruk sangka atau permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk Malaysia;
  4. Pemegang Tauliah memberi tafsiran yang tidak tepat, keliru atau menyeleweng dari ajaran sebenar agama dalam ceramah umum atau pengajaran Agama Islamnya;
  5. Pemegang Tauliah tidak mematuhi apa-apa arahan, larangan atau perintah yang diberikan secara sah oleh MAIS atau Jawatankuasa; dan
  6. Pemegang Tauliah berkelakuan dengan cara yang mencemarkan Agama Islam.

Soalan 1
Apakah denda dan hukuman yang dikenakan kepada orang yang mengajar tanpa tauliah?
Jawapan : Apabila disabitkan kesalahan seseorang yang mengajar tanpa tauliah boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya. Seksyen 19 - Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Soalan 1
Siapakah yang dikecualikan memohon tauliah?
Jawapan :

  1. Alim Ulama’ atau Tokoh Agama tempatan tertentu atau Alim Ulama’ atau Tokoh Agama Luar Negeri yang dijemput secara rasmi atau atas jemputan khas Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Jabatan, Agensi atau penganjurnya;
  2. Mufti-Mufti Negeri dan Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri
  3. Hakim-Hakim Mahkamah Syariah dan Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri-Negeri;
  4. Menteri atau Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dengan Hal Ehwal Islam atau Ketua Jabatan Agama Islam Negeri atau Ahli Majlis Agama Islam Negeri-Negeri; dan
  5. Pegawai Hal Ehwal Islam atau Pegawai Agama Islam Persekutuan dan Negeri, Pensyarah-Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti-Universiti Tempatan atau Institusi Pengajian Tinggi Tempatan, Guru Agama Kementerian Pendidikan atau Guru Agama Jabatan Agama Islam Negeri.
  6. Walau bagaimanapun pengecualian yang diberi kepada individu di atas yang dinyatakan di para (a) hingga (e) dalam Peraturan 22 mengikut Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008, adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah setelah dibuat melalui permohonan bertulis.

Soalan 1
Berapakah tempoh sah laku untuk satu-satu masa?
Jawapan : Tempoh sah laku tauliah adalah satu (1) tahun. Pemohon perlu memperbaharui tauliah yang telah tamat tempoh selewat-lewatnya sebulan selepas tamat tempoh.

Soalan 1
Perlukah guru takmir mendapatkan tauliah JAIS?
Jawapan : Perlu.

PEROLEHAN (1)

Soalan 1
Bagaimana untuk menyertai tender/sebutharga di JAIS?
Jawapan : Secara online dan berdaftar melalui Sistem Penjualan Dokumen
Tender Dan Sebutharga Negeri Selangor
(http://tender.selangor.gov.my)

Soalan 2
Bagaimana untuk mengetahui keputusan tawaran tender atau sebutharga?
Jawapan : Syarikat yang berjaya akan dipelawa melalui Surat Setuju Terima, tetapi yang tidak berjaya tidak akan dimaklumkan.

Soalan 3
Bagaimana untuk mendaftar melalui Sistem Penjualan Dokumen Tender Dan Sebutharga Negeri Selangor?
Jawapan :

Pendaftaran memerlukan anda:

  1. Mengisi borang pendaftaran
  2. Memilih agensi mana yang anda ingin membuat pengesahan.
  3. Pergi ke agensi tersebut untuk pengesahan. Sila bawa dokumen yang berkaitan. (MOF, ROC, CIDB, PKK)
  4. Agensi akan meluluskan pendaftaran anda.
  5. Kontraktor membuat pembayaran untuk pendaftaran secara online.
  6. Kontraktor boleh membeli dokumen tender/ sebutharga secara online.

Soalan 4
Bolehkah pembekal mengemukakan sebut harga bagi perolehan secara pembelian terus?
Jawapan : Boleh. Walau bagaimanapun jabatan tidak terikat untuk menerima mana-mana sebut harga yang ditawarkan.

Soalan 5
Apakah proses yang perlu dilakukan untuk pendaftaran pembekal di JAIS?
Jawapan : Pembekal perlu datang sendiri ke Unit Pentadbiran (seksyen Perolehan) tingkat 8, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam, dengan membawa profil syarikat.

Soalan 1
Adakah sijil Kursus Pra-Perkahwinan Islam mempunyai tarikh luput?
Jawapan : Tidak, tempoh sah laku sijil kursus adalah “seumur hidup” iaitu seseorang itu perlu mengikuti kursus praperkahwinan sekali sahaja sepanjang hayat.

Soalan 2
Siapakah yang boleh dikecualikan daripada menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan Islam?
Jawapan :

1.     Duda/ janda/ balu
2.     OKU
3.     Warga asing yang tidak memahami Bahasa Malaysia
4.     Berusia 40 tahun ke atas
5.     Permohonan poligami
6.     Keadaan tertentu yang difikirkan wajar (atas kebenaran Pendaftar)

Soalan 3
Apakah yang harus dilakukan apabila sijil Kursus Pra-Perkahwinan Islam anjuran JAIS/Agensi luar hilang dalam simpanan pemohon?
Jawapan :

1.     Kursus anjuran JAIS/ PAID : Pemohon perlu hadir ke Bahagian Undang-Undang Keluarga/ PAID untuk mendapatkan surat pengesahan menghadiri kursus Pra-Perkahwinan bagi menggantikan sijil yang hilang.
2.     Kursus anjuran Agensi Luar : Pemohon hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat perakuan daripada penganjur dan mengemukakan surat tersebut ke Bahagian Undang-Undang Keluarga/ PAID bagi mendapatkan surat pengesahan menghadiri KPPI.

Soalan 4
Adakah wajib bagi warganegara Malaysia yang bekerja atau tinggal di luar Negara dan ingin berkahwin di Negeri Selangor menghadiri Kursus Pra Perkahwinan Islam?
Jawapan : Ya, wajib

Soalan 5
Kursus Pra Perkahwinan Islam dikecualikan bagi individu berstatus muallaf?
Jawapan : Tidak dikecualikan, perlu menghadiri KPPI (Kursus Pra Perkahwinan Islam).

Soalan 6
Bolehkah pemohon menghadiri sebahagian hari Kursus Pra-Perkahwinan Islam yang dijalankan untuk mendapatkan sijil?
Jawapan : Tidak boleh. Pemohon hendaklah menghadiri dan mengikuti kesemua modul/sesi yang telah ditetapkan.

Soalan 7
Boleh atau tidak seseorang itu bernikah dahulu sebelum menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan Islam?
Jawapan : Tidak boleh. Menghadiri KPPI merupakan salah satu syarat permohonan perkahwinan.

Soalan 8
Adakah warganegara asing yang tidak bermastautin di Malaysia tetapi datang ke Malaysia hanya semata-mata ingin berkahwin perlu menghadiri KPPI (Kursus- Pra Perkahwinan Islam)?
Jawapan :

1.     Jika pemohon telah mendapat kebenaran berkahwin dari kedutaan/Negara asal, maka tidak perlu menghadiri KPPI.
2.     Jika pemohon tidak mendapat kebenaran berkahwin dari Negara asal/kedutaan maka pemohon perlu menghadiri KPPI sekiranya pemohon memahami Bahasa Melayu.

Soalan 9
Adakah syarikat swasta diberi kebenaran oleh JAIS untuk menganjurkan KPPI (Kursus Pra-Perkahwinan Islam)?
Jawapan : Tidak, KPPI hanya dianjurkan oleh JAIS dan PAID sahaja.

Soalan 10
Berapakah bayaran dan bagaimanakah cara pembayaran KPPI (Kursus Pra-Perkahwinan Islam)?
Jawapan : Bayaran yang dikenakan adalah RM80.00 seorang secara tunai untuk 2 hari kursus merangkumi buku dan makan minum.
*KPPI anjuran PAID, pembayaran kursus dibuat pada hari permohonan. Manakala KPPI anjuran BUUK, pembayaran kursus dibuat pada hari pendaftaran.

Soalan 11
Bagaimanakah saya hendak mengikuti KPPI (Kursus Pra-Perkahwinan Islam)?
Jawapan : Pemohon perlu hadir ke BUUK/ PAID dan mengisi borang permohonan KPPI, seterusnya menghadiri KPPI pada tarikh yang ditetapkan. Permohonan melalui telefon hanya boleh dibuat di BUUK sahaja.

Soalan 1
Adakah ujian saringan HIV boleh dibuat di hospital atau klinik swasta?
Jawapan : Ujian saringan HIV hanya boleh dibuat di klinik kesihatan/hospital kerajaan sahaja.

Soalan 2
Adakah ujian saringan HIV mempunyai tempoh sah untuk proses permohonan perkahwinan?
Jawapan : Ya, tempoh sah laku ujian saringan HIV adalah dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh ujian dilakukan.

Soalan 3
Dimanakah borang ujian saringan HIV boleh diperolehi dan berapakah bayaran yang dikenakan?
Jawapan : Borang tersebut boleh diperolehi hanya di klinik kesihatan kerajaan dengan bayaran RM 1.00 sebagai pendaftaran.

Soalan 1
Bagaimanakah cara membuat permohonan kebenaran berkahwin di Negeri Selangor?
Jawapan : Permohonan kebenaran berkahwin hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan kebenaran berkahwin melalui sistem NCR Online di laman web JAIS iaitu www.jais.gov.my atau www.ncronline.gov.my

Soalan 2
Apakah yang perlu saya buat setelah saya melengkapkan borang permohonan melalui ncr online?
Jawapan : Borang tersebut hendaklah dicetak dan dibawa ke hadapan Penolong Pendaftar Nikah Kariah bersama dua orang saksi, wali (bagi pemohon perempuan sahaja) dan dokumen sokongan untuk disokong dan disahkan.

Soalan 3
Apakah dokumen yang perlu dibawa untuk mengemukakan permohonan kebenaran berkahwin?
Jawapan :

A.     Bagi Permohonan Lelaki Bujang :

  1. Sesalinan kad pengenalan pemohon/passport (jika pemohon warganegara asing)
  2. Sesalinan kad pengenalan 2 orang saksi lelaki pemohon/passport (jika warganegara asing)
  3. Laporan ujian saringan HIV daripada klinik/hospital kerajaan sahaja
  4. Sijil Kursus Pra-Perkahwinan Islam yang asal dan salinan
  5. Surat kelulusan/Kebenaran berkahwin dari KAGAT/PDRM (jika pemohon anggota Tentera/Polis)
  6. Surat kebenaran berkahwin daripada kedutaan/konsulat dan Imigresen (jika warganegara asing)
  7. Borang 1 (Akuan Pengesahan Pemastautinan) yang disahkan oleh Penghulu Mukim / Nazir Masjid /Pengerusi JKKK / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/ Pengerusi Taman Perumahan / Pegawai Kumpulan A. ( Jika pemohon mempunyai perbezaaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam kad pengenalan.
  8. Surat atau kad Perakuan Islam dan salinannya.( Jika pemohon saudara baru).
  9. Sesalinan Borang Permohonan 2A dan sesalinan dokumen-dokumen sokongan berkaitan.(Jika pemohon akan bernikah di luar negeri/Negara).

B.     Bagi Permohonan Lelaki Duda :

  1. Sesalinan kad pengenalan pemohon/passport (jika pemohon warganegara asing)
  2. Sesalinan kad pengenalan 2 orang saksi lelaki pemohon/passport (jika warganegara asing)
  3. Laporan ujian saringan HIV daripada klinik/hospital kerajaan sahaja
  4. Sijil Kursus Pra-Perkahwinan Islam yang asal dan salinan
  5. Surat kelulusan/Kebenaran berkahwin dari KAGAT/PDRM (jika pemohon anggota Tentera/Polis)
  6. Surat kebenaran berkahwin daripada kedutaan/konsulat dan Imigresen (jika warganegara asing)
  7. Borang 1 (Akuan Pengesahan Pemastautinan) yang disahkan oleh Penghulu Mukim / Nazir Masjid /Pengerusi JKKK / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/ Pengerusi Taman Perumahan / Pegawai Kumpulan A. ( Jika pemohon mempunyai perbezaaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam kad pengenalan.
  8. Surat kebenaran berkahwin daripada kedutaan/konsulat dan Imigresen (jika warganegara asing).
  9. Surat atau kad Perakuan Islam dan salinannya.( Jika pemohon saudara baru).
  10. Surat Perakuan Cerai yang asal dan salinan (Jika bercerai hidup)
  11. Sijil kematian pasangan yang asal dan salinan (Jika bercerai mati)
  12. Sesalinan Borang Permohonan 2A dan sesalinan dokumen-dokumen sokongan berkaitan.(Jika pemohon akan bernikah di luar negeri/Negara).

C.     Bagi Permohonan Perempuan Anak Dara :

  1. Sesalinan kad pengenalan pemohon/passport (jika pemohon warganegara asing)
  2. Sesalinan kad pengenalan 2 orang saksi lelaki pemohon/passport (jika warganegara asing)
  3. Sesalinan kad pengenalan wali
  4. Laporan ujian saringan HIV daripada klinik/hospital kerajaan sahaja
  5. Sijil Kursus Pra-Perkahwinan Islam yang asal dan salinan
  6. Borang 1 (Akuan Pengesahan Pemastautinan) yang disahkan oleh Penghulu Mukim / Nazir Masjid /Pengerusi JKKK / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/ Pengerusi Taman Perumahan / Pegawai Kumpulan A. ( Jika pemohon mempunyai perbezaaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam kad pengenalan.
  7. Surat kebenaran berkahwin lelaki
  8. Surat Perakuan Nikah ibubapa dan salinannya
  9. Surat kebenaran berkahwin daripada kedutaan/konsulat dan Imigresen (jika warganegara asing).
  10. Surat atau kad Perakuan Islam dan salinannya.( Jika pemohon saudara baru).
  11. Surat kelulusan/Kebenaran berkahwin dari KAGAT/PDRM (jika pemohon anggota Tentera/Polis)
  12. Sesalinan Borang Permohonan 2C, 2D dan sesalinan dokumen-dokumen sokongan berkaitan.(Jika pemohon akan bernikah di luar kariah/ negeri/Negara).

D.     Bagi permohonan Perempuan Janda :

  1. Sesalinan kad pengenalan pemohon/passport (jika pemohon warganegara asing)
  2. Sesalinan kad pengenalan 2 orang saksi lelaki pemohon/passport (jika warganegara asing)
  3. Sesalinan kad pengenalan wali
  4. Laporan ujian saringan HIV daripada klinik/hospital kerajaan sahaja
  5. Sijil Kursus Pra-Perkahwinan Islam yang asal dan salinan
  6. Borang 1 (Akuan Pengesahan Pemastautinan) yang disahkan oleh Penghulu Mukim / Nazir Masjid /Pengerusi JKKK / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/ Pengerusi Taman Perumahan / Pegawai Kumpulan A. ( Jika pemohon mempunyai perbezaaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam kad pengenalan.
  7. Surat Perakuan Nikah ibubapa dan salinannya
  8. Sijil kematian wali dan salinannya
  9. Surat Perakuan Cerai yang asal dan salinan (Jika bercerai hidup)
  10. Sijil kematian pasangan yang asal dan salinan (Jika bercerai mati)
  11. Surat kebenaran berkahwin daripada kedutaan/konsulat dan Imigresen (jika warganegara asing).
  12. Surat atau kad Perakuan Islam dan salinannya.( Jika pemohon saudara baru).
  13. Surat kelulusan/Kebenaran berkahwin dari KAGAT/PDRM (jika pemohon anggota Tentera/Polis)
  14. Surat kebenaran berkahwin lelaki
  15. Sesalinan Borang Permohonan 2C, 2D dan sesalinan dokumen-dokumen sokongan berkaitan.(Jika pemohon akan bernikah di luar kariah/ negeri/Negara).

Soalan 4
Apa yang perlu saya buat setelah saya mendapat sokongan dan pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah Kawasan?
Jawapan : Borang yang telah disahkan oleh PPN (Penolong Pendaftar Nikah) hendaklah dihantar/dikemukakan ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berkenaan untuk diluluskan.

Soalan 5
Adakah setiap kebenaran yang dikeluarkan dikenakan bayaran?
Jawapan : Ya, bayaran RM10.00 akan dikenakan bagi setiap kebenaran yang dikeluarkan.

Soalan 6
Bilakah tempoh yang sesuai untuk pemohon membuat permohonan berkahwin/bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah?
Jawapan : Tempoh yang paling sesuai ialah dalam tempoh 3 bulan dari tarikh nikah dan selewat-lewatnya 7 hari bekerja sebelum hari akad nikah.

Soalan 7
Saya sudah agak berumur dan tidak mahir menggunakan peralatan komputer. Bolehkah saya menggunakan borang secara manual?
Jawapan : Tidak boleh. Walaubagaimanapun pemohon boleh mendapatkan khidmat kakitangan di Pejabat Agama Islam Daerah untuk membantu mengisi maklumat tersebut melalui sistem ncr online.

Soalan 8
Apakah yang perlu dilakukan bagi pemohon yang telah memperolehi surat kebenaran berkahwin tetapi tidak dapat meneruskan perkahwinan yang dipohon?
Jawapan : Pemohon hendaklah melaporkan ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berkenaan bagi membolehkan tindakan selanjutnya dilakukan.

Soalan 9
Berapa lamakah tempoh kebenaran berkahwin boleh dikeluarkan?
Jawapan : Surat Kebenaran Berkahwin akan dikeluarkan dalam tempoh satu hari berkerja.

Soalan 10
Bagaimanakah seseorang pemohon dapat berjumpa dengan Penolong Pendaftar Nikah untuk mendapatkan perakuan bujang dan sokongan untuk bernikah?
Jawapan : Seseorang itu boleh mendapatkan maklumat tersebut di masjid yang berhampiran dengan tempat tinggal atau melalui Pejabat Agama Islam Daerah.

Soalan 11
Bagaimana sekiranya saya tidak dapat berjumpa dengan Penolong Pendaftar Nikah bagi mendapatkan sokongan berkahwin?
Jawapan : Sekiranya tidak dapat berjumpa dengan Penolong Pendaftar Nikah, pemohon boleh membawa saksi dan wali terus ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk mendapatkan sokongan dan kelulusan.

Soalan 12
Bolehkah saya berkahwin dengan warga asing?
Jawapan : Boleh, dengan syarat warga asing tersebut adalah pemegang passport pas sosial atau pemegang pasport permit kerja professional (bukan permit SPLP) dan mendapat kebenaran untuk berkahwin daripada konsulat/kedutaan dan imigresen.

Soalan 13
Saya dan pasangan merupakan warganegara asing dan datang ke Malaysia untuk melancong. Bolehkah kami bernikah di Malaysia?
Jawapan : Boleh, dengan syarat pemohon mendapat kebenaran daripada konsulat/kedutaan negara masing-masing serta kebenaran daripada imigresen untuk berkahwin.

Soalan 14
Saya dan pasangan merupakan warganegara asing dan datang ke Malaysia untuk bekerja. Bolehkah kami bernikah di Malaysia?
Jawapan : Boleh, dengan syarat kedua-duanya memegang permit kerja professional (bukan permit SPLP) serta mendapat kebenaran untuk berkahwin daripada konsulat/kedutaan dan imigresen.

Soalan 15
Saya warganegara asing dan belajar di Malaysia. Bolehkah saya berkahwin di Malaysia dengan warganegara Malaysia?
Jawapan : Boleh, dengan syarat mendapat kebenaran berkahwin daripada konsulat/kedutaan dan imigresen.

Soalan 16
Saya dan pasangan adalah pemegang kad UNHCR. Bolehkah kami bernikah di Malaysia?
Jawapan : Boleh, dengan syarat mendapat kebenaran berkahwin daripada Pejabat UNHCR .

Soalan 17
Saya dan pasangan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Bolehkah kami bernikah di Malaysia?
Jawapan : Tidak boleh.

Soalan 18
Saya merupakan pelajar/pekerja/pemastautin di luar Negara dan ingin memohon kebenaran berkahwin di luar Negara. Apakah prosedur yang perlu saya lakukan?
Jawapan : Pemohon hendaklah membuat permohonan kebenaran berkahwin melalui Kedutaan masing-masing di luar negara.

Soalan 19
Saya dan bakal isteri bermastautin di Negeri Selangor, tetapi akan melangsungkan pernikahan di luar Selangor. Apakah langkah yang perlu saya lakukan?
Jawapan : Pemohon dan pasangan perlu mendapatkan kebenaran bernikah luar negeri Selangor daripada Pejabat Agama Islam Daerah berkenaan.

Soalan 20
Apakah yang perlu dibuat setelah mendapat surat kebenaran berkahwin daripada Pejabat Agama Islam Daerah?
Jawapan :

1.     Bagi Permohonan Lelaki : Setelah mendapat kebenaran berkahwin daripada Pejabat Agama Islam Daerah, maka borang permohonan yang lengkap beserta surat kebenaran bernikah tersebut hendaklah diserahkan kepada pihak perempuan.
2.     Bagi Permohonan Perempuan: Setelah mendapat kebenaran berkahwin , pemohon hendaklah menyerahkan dokumen kebenaran berkahwin tersebut kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah yang akan menjalankan upacara akad nikah tersebut.

Soalan 21
Bagaimanakah seseorang pemohon dapat mengenali Penolong Pendaftar Nikah (PPN) yang perlu di temuinya untuk mendapatkan sokongan untuk bernikah?
Jawapan :

A.     Pemohon boleh merujuk kepada:

  1. Nazir masjid tempat tinggal pemohon atau;)
  2. Pejabat Agama Islam Daerah berkaitan atau;
  3. Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor.

Soalan 22
Penolong Pendaftar Nikah di kariah saya belum dilantik, bagaimanakah caranya untuk saya memohon sokongan nikah?
Jawapan : Boleh terus pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah berkaitan untuk berurusan dengan Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju’ daerah.

Soalan 23
Saya dan pasangan berasal dari Kuala Lumpur dan bercadang untuk bernikah di Selangor. Bagaimanakah caranya?
Jawapan : Pemohon perlu mendapatkan kebenaran berkahwin daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terlebih dahulu dan kemudian kemukakan kebenaran berkahwin tersebut kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah di Negeri Selangor di mana akad nikah tersebut akan dijalankan.

Soalan 24
Penolong Pendaftar Nikah di kariah saya sukar untuk dihubungi, bagaimanakah caranya untuk mengatasi perkara tersebut?
Jawapan : Sila berhubung dengan nazir masjid berkenaan atau berhubung terus dengan Pendaftar di Pejabat Agama Islam Daerah berkaitan.

Soalan 1
Bolehkah saya bernikah selain di masjid?
Jawapan : Boleh. Pernikahan boleh dibuat di masjid, di surau, di rumah, di hotel atau di restoran dan lain-lain tempat yang bersesuaian.

Soalan 2
Saya sedang mengandung anak luar nikah dan ingin berkahwin. Adakah sah pernikahan saya dalam keadaan tersebut?
Jawapan : Ya, pernikahan tersebut adalah sah dan tidak perlu bernikah semula selepas bersalin.

Soalan 3
Adakah “cina buta” dibolehkan dalam Islam?
Jawapan : Tidak boleh dan hukumnya adalah haram.

Soalan 4
Saya menetap di seksyen 7 Shah Alam, bolehkah saya bernikah di Masjid Negeri?
Jawapan : Boleh, tetapi hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran berkahwin daripada Pendaftar Nikah di Pejabat Agama Islam Daerah Petaling.

Soalan 5
Berapakah jumlah bayaran yang perlu dibayar kepada Penolong Pendaftar Nikah?
Jawapan : Bayarannya adalah sebanyak RM 160.00 iaitu RM 100.00 kepada jurunikah, RM 20.00 untuk pendaftaran perkahwinan dan RM 40.00 kepada dua orang saksi.)

Soalan 1
Adakah boleh seorang suami yang baru diakad nikahkan enggan untuk membaca taklik dan menandatangani taklik?
Jawapan : Tidak boleh, kerana setiap suami diwajibkan supaya melafazkan takliq selepas aqad nikah dijalankan dan menandatangani takliq tersebut.

Soalan 2
Bolehkah lafaz taklik sedia ada ditambah mengikut kehendak pasangan?
Jawapan : Tidak boleh ada penambahan pada takliq sedia ada, tetapi pasangan boleh membuat apa-apa takliq tambahan yang dibuat secara berasingan.

Soalan 3
Apakah jatuh talaq sekiranya isteri mendapati suami melanggar taklik yang ditandatangani selepas akad nikah?
Jawapan : Talaq tidak akan jatuh secara automatik sebaliknya perlanggaran taklik tersebut perlu dirujuk ke Mahkamah Rendah Syariah untuk pensabitan talaq.

Soalan 1
Berapa lama surat perakuan cerai boleh diperolehi selepas permohonan didaftarkan di pejabat agama?
Jawapan : Surat perakuan cerai boleh dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah.

Soalan 2
Bolehkah saya mewakilkan individu lain untuk mengambil surat perakuan nikah?
Jawapan : Boleh, dengan syarat pemohon harus memberi keizinan secara bertulis kepada individu tersebut.

Soalan 3
Apa yang harus dilakukan apabila surat perakuan nikah saya hilang?
Jawapan : Seseorang yang kehilangan Surat Perakuan Nikah boleh mendapatkan Salinan Surat Perakuan Nikah yang baru dengan mengemukakan permohonan tersebut kepada Pejabat Agama Islam Daerah yang mengeluarkan Surat Perakuan Nikah yang asal dengan mengemukakan bersama surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah yang menyatakan tentang kehilangan tersebut.

Soalan 1
Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan surat perakuan nikah ibu bapa yang hilang?
Jawapan : Salinan Surat Perakuan Nikah ibubapa yang hilang boleh didapati dengan mengemukakan permohonan untuk mendapatkan salinan tersebut melalui Pejabat Agama Islam Daerah dimana pernikahan mereka didaftarkan.

Soalan 2
Saya telah kehilangan surat cerai. Bagaimana saya boleh mendapatkan salinannya.
Jawapan :

  • Permohonan bagi mendapatkan salinan surat cerai tersebut boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan tersebut ke Pejabat Agama Islam Daerah yang mengeluarkan surat cerai asal dengan mengemukakan dokumen berikut: :
    1. Akuan bersumpah (pesuruhjaya sumpah)
    2. Salinan kad pengenalan pemohon
    3. Mengisi borang permohonan yang ditetapkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah.
    4. Membuat pembayaran sebanyak RM 25.00 (Dua Puluh Lima Ringgit Sahaja) untuk sijil perakuan cerai dan RM 10.00 (Sepuluh Ringgit Tunai) untuk proses carian.

Soalan 1
Jika pasangan ingin ruju’ dalam tempoh iddah, bagaimanakah caranya?
Jawapan : Pasangan perlu hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) yang berhampiran dan mengemukakan permohonan untuk ruju’.

Soalan 2
Adakah dikira ruju’ apabila suami isteri hanya melakukan hubungan kelamin tanpa melafazkan ruju’ ?
Jawapan : Perhubungan kelamin tidak dikira sebagai ruju’ melainkan suami melafazkan ungkapan ruju’ samada secara sahih atau kinayah.

Soalan 3
Adakah sah ruju’ sekiranya suami melafazkan ruju’ tanpa persetujuan / kerelaan / pengetahuan isteri?
Jawapan : Sah ruju’, kerana ruju’ tidak memerlukan kepada lafaz penerima dari pihak isteri.

Soalan 4
Berapa lamakah tempoh untuk meruju’ isteri?
Jawapan : Ruju’ perlu disebut dalam tempoh iddah mengikut keadaan seseorang isteri iaitu:

Bil

Keadaan Isteri Yang Diceraikan

Tempoh Ruju’

1.

Isteri yang masih berhaid & tidak hamil

Hingga tamat 3 kali suci

2.

Isteri yang hamil

Hingga bersalin atau keguguran

3.

Isteri yang belum berhaid / putus haid

3 bulan (hijrah)

Soalan 5
Suami telah menceraikan isteri dengan talaq 3, bolehkah suami meruju’ isteri semula?
Jawapan : Tidak boleh, ruju’ hanya boleh bagi pasangan yang bercerai talaq raj’ie sahaja iaitu talaq satu dan talaq dua.

Soalan 6
Suami telah melafazkan ruju’ ke atas saya di rumah, apa yang perlu saya buat?
Jawapan : Pasangan perlu hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), di mana pasangan bernastautin untuk membuat pengesahan ruju’ di hadapan pendaftar.

Soalan 7
Bolehkah suami melafazkan ruju’ tanpa kehadiran saksi?
Jawapan : Boleh, namun sebaik-baiknya ruju’ dilafazkan di hadapan 2 orang saksi lelaki.

Soalan 1
Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan kad nikah pintar?
Jawapan :

A.     Dokumen yang diperlukan adalah ;

  1. Sesalinan surat perakuan nikah pasangan
  2. Sekeping gambar suami dan isteri (bertudung) bersaiz passport.

Soalan 2
Berapa lamakah tempoh kad nikah pintar disiapkan? ?
Jawapan : Dalam tempoh 5 hari waktu bekerja.

Soalan 3
Di manakah permohonan kad nikah pintar boleh dibuat?
Jawapan : Permohonan boleh di buat dengan hadir sendiri ke alamat berikut: Kaunter OSC (One Stop Center) JAIS, Aras Bawah, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah,Shah Alam.

Soalan 4
Siapakah yang layak memohon kad nikah pintar?
Jawapan : Pasangan yang bernikah di Selangor atau mendaftar pernikahan/perkahwinan di Selangor sahaja.

Soalan 5
Berapakah bayaran yang dikenakan bagi kad nikah pintar?
Jawapan : Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 40.00 untuk 2 keping kad.

Soalan 6
Bolehkah alamat pada kad nikah pintar berdasarkan alamat terkini pemohon?
Jawapan : Tidak boleh, kerana alamat pada kad nikah pintar adalah mengikut alamat di dalam surat perakuan nikah asal.

Soalan 7
Kad nikah saya telah hilang, bolehkah saya membuat semula kad nikah yang baru?
Jawapan : Boleh, dengan mengemukakan dokumen berkaitan, dan pembayaran RM 20.00 bagi sekeping kad.

Soalan 8
Bolehkah saya membuat kad nikah hanya sekeping sahaja?
Jawapan : Tidak boleh, kecuali bagi pasangan yang salah seorang telah meninggal dunia.

Soalan 9
Saya telah memiliki kad nikah Negeri Selangor yang di laminate, adakah saya perlu memohon kad nikah pintar yang terbaru?
Jawapan : Tidak perlu, tetapi sekiranya berminat boleh memohon kad nikah pintar melalui Kaunter OSC, di Aras Bawah, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah pada setiap hari bekerja (Isnin – Jumaat) dari jam 8.30 pagi – 4.30 petang, dengan mengemukakan sesalinan surat perakuan nikah, sekeping gambar suami, sekeping gambar isteri bertudung dan membuat pembayaran RM 40.00 bagi 2 keping kad.

Soalan 1
Pada tahun 2009, saya pernah menghadiri sesi rundingcara atau khidmat nasihat di PAID. Bolehkah saya menghadiri rundingcara atau khidmat nasihat semula yang berikutnya?
Jawapan : Boleh, dengan mengisi semula Borang Aduan yang ditetapkan.

Soalan 2
Saya tidak berpuashati terhadap isteri sehingga mempengaruhi hati saya sentiasa berbisik dan bermain dengan talaq. Adakah jatuh talaq?
Jawapan : Talaq tidak jatuh selagi tidak melafazkan talaq tersebut.

Soalan 3
Suami mengaku duda/bujang untuk berkahwin lain sedangkan dia sudah beristeri. Apakah pengakuan yang dibuat menjatuhkan talaq?
Jawapan : Pengakuan itu tidak menjatuhkah talaq.

Soalan 4
Suami saya telah melafazkan cerai. Apa yang harus saya buat?
Jawapan : Puan perlu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran, di mana puan bermastautin bagi membuat permohonan pengesahan lafaz cerai.

Soalan 5
Saya bernikah di luar Selangor tetapi tinggal dan bekerja di Negeri Selangor dan ingin bercerai. Bolehkah saya memohon perceraian di Selangor?
Jawapan : Boleh, dengan mengemukakan pengesahan permastautinan tinggal atau menetap di Selangor.

Soalan 6
Saya berasal dari Selangor dan isteri dari Kelantan. Ketika balik ke Kelantan, kami telah bergaduh dan saya telah melafazkan cerai kepada isteri. Dimana saya patut mendaftarkan perceraian tersebut?
Jawapan : Penceraian tersebut boleh didaftarkan dimana tempat isteri / suami bermastautin.

Soalan 7
Suami melafazkan cerai melalui SMS/Facebook dengan lafaz sorih (terang dan jelas). Adakah jatuh talaq?
Jawapan : Talaq tidak jatuh sehingga suami mengesahkan dengan niatnya untuk bercerai

Soalan 8
Suami melafazkan cerai dalam keadaan mabuk disebabkan arak/dadah. Adakah jatuh talaq?
Jawapan : Talaq adalah sah jika mabuk disebabkan arak / dadah yang disengajakan.

Soalan 9
Bolehkah kami tinggal bersama setelah suami melafazkan talaq?
Jawapan : Pasangan masih boleh tinggal bersama selama tempoh iddah raj’ie, tetapi pasangan tidak boleh melakukan persetubuhan tanpa suami melafazkan ruju’ terlebih dahulu.

Soalan 10
Adakah jatuh talaq jika mentalaq isteri dalam keadaan haid sedangkan lafaz talaq tersebut adalah jelas dan sorih?
Jawapan : Jatuh talaq, namun perbuatan suami itu adalah dikira berdosa dan hukumnya adalah haram.

Soalan 1
Saya telah bernikah di luar Negara tanpa kebenaran. Apa yang perlu saya lakukan untuk mendaftar dan mendapatkan surat perakuan nikah di Negeri Selangor?
Jawapan :

  • Pemohon perlu mengemukakan permohonan perdaftaran nikah seperti berikut :
    1. Bagi Pernikahan Poligami :
    2. Pemohon perlu mendapatkan pengesahan nikah dan perintah pendaftaran nikah daripada Mahkamah Tinggi Syariah.
    3. Bagi Pernikahan Bujang/Dara atau Duda/Janda :
    4. Pemohon perlu mengemukakan permohonan pendaftaran nikah ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana pemohon bermastautin.

Soalan 2
Saya bernikah di Negeri Selangor tanpa kebenaran. Apa yang perlu saya lakukan untuk mendaftar dan mendapatkan surat perakuan nikah di Negeri Selangor?
Jawapan :

  • Perlu melaksanakan tindakan seperti berikut :
    1. Bagi Pernikahan Poligami :
    2. Membuat permohonan pengesahan nikah dan mendapatkan perintah daftar nikah daripada Mahkamah Tinggi Syariah terlebih dahulu.
    3. Bagi Pernikahan Bujang/Dara atau Duda/Janda :
    4. Membuat permohonan pengesahan nikah dan memohon mendaftarkan semula pernikahan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berkenaan.

Soalan 3
Saya telah bernikah pada tahun 1995 tanpa kebenaran dan tidak pernah didaftarkan, bolehkah saya ingin mendaftarkannya sekarang?
Jawapan : Boleh.

Soalan 1
Saya menghadapi masalah dengan suami, dan ingin menjernihkan hubungan kami? Apakah yang perlu saya buat?
Jawapan : Puan boleh hadir sendirian atau bersama suami ke Unit Undang-Undang Keluarga, Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran dengan tempat tinggal untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rundingcara kekeluargaan.

Soalan 2
Dimanakah saya boleh mendapatkan khidmat nasihat runding cara perkahwinan?
Jawapan : Permohonan untuk mendapatkan Khidmat Nasihat dan Rundingcara Kekeluargaan boleh dibuat di Unit Undang-Undang Keluarga, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dimana pemohon bermastautin.

Soalan 3
Adakah pihak JAIS menyediakan program yang bersesuaian untuk pasangan yang bermasalah?
Jawapan :

A. Ada. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

  1. Kursus Pasca Perkahwinan.
  2. Program Pembangunan Keluarga Islam Dan Pembangunan Sosial.

Soalan 4
Apakah dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan runding cara di BUUK JAIS / PAID?
Jawapan : Pemohon hanya perlu mengisi Borang Aduan yang ditetapkan..

Soalan 5
Adakah saya wajib menghadiri sesi kaunseling sebelum bercerai?
Jawapan : Tidak wajib.

Soalan 6
Berapa lamakah tempoh sesi khidmat nasihat atau runding cara dijalankan?
Jawapan : Tempoh sesi dijalankan adalah di antara 45 minit sehingga 60 minit (I jam).

Soalan 7
Pada tahun 2009, saya pernah menghadiri sesi rundingcara atau khidmat nasihat di PAID. Bolehkah saya menghadiri rundingcara atau khidmat nasihat semula yang berikutnya?
Jawapan : Boleh, dengan mengisi semula Borang Aduan yang ditetapkan.

Soalan 8
Adakah saya wajib menghadiri kaunseling sebelum bercerai?
Jawapan : Tidak wajib.

Soalan 9
Suami melafazkan cerai melalui SMS/Facebook dengan lafaz sorih (terang dan jelas). Adakah jatuh talaq?
Jawapan : Talaq tidak jatuh sehingga suami mengesahkan dengan niatnya untuk bercerai

Soalan 10
Suami menceritakan/memaklumkan kepada orang lain bahawa dia telah menceraikan isterinya sedangkan suami tidak pernah melafazkan talaq tersebut kepada isterinya. Apakah jatuh talaq?
Jawapan : Ya, sah dan jatuh talaq. Disarankan supaya suami / isteri membuat permohonan pengesahan lafaz cerai di mahkamah.

Soalan 11
Suami tidak bertanggungjawab, tidak memberi nafkah dan selalu menzalimi saya. Adakah saya boleh memohon cerai?
Jawapan :

A. Boleh memohon cerai melalui 3 jenis permohonan cerai seperti berikut iaitu:

  1. Seksyen 47: Permohonan cerai secara persetujuan bersama.
  2. Seksyen 50: Permohonan cerai dibawah takliq atau janji.
  3. Seksyen 53: Permohonan cerai secara fasakh.

Soalan 12
Saya berkahwin di luar Negara dan telah mendaftarkan perkahwinan tersebut di Selangor. Kemudian berlaku perceraian di luar Negara dan perceraian tersebut telah didaftarkan di Negara tersebut. Adakah perlu perceraian tersebut saya daftarkan juga di Se
Jawapan : Tidak perlu, kerana surat perakuan cerai luar Negara diterima dan diiktiraf di Malaysia.

Soalan 13
Suami telah lama meninggalkan saya tanpa khabar berita, adakah kami dikira bercerai?
Jawapan : Tidak, masih dikira sebagai suami isteri. Perceraian hanya berlaku sekiranya puan membuat permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah dan mahkamah mensabitkan penceraian tersebut.

Soalan 1
Apakah sebab-sebab yang membolehkan seseorang itu berkahwin menggunakan Wali Hakim?
Jawapan :

Seseorang boleh berkahwin menggunakan wali hakim/wali raja di atas sebab-sebab berikut :

  1. Muallafah
  2. Anak luar nikah
  3. Wali ghaib
  4. Wali enggan
  5. Tidak ada wali nasab
  6. Wali berada jauh melebihi dua marhalah (86 km) ,sukar untuk dihubungi melalui mana-mana alat telekomunikasi samada secara lisan atau bertulis.

Soalan 1
Bapa saya tidak bersetuju mewalikan perkahwinan saya, apa yang harus saya lakukan?
Jawapan : Hendaklah membuat aduan ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk dibuat siasatan berkaitan keengganan bapa menjadi wali.Sekiranya bapa tetap juga enggan mewalikan pernikahan, maka pemohon boleh membuat permohonan wali hakim di Mahkamah Rendah Syariah Daerah.

Soalan 1
Saya telah kematian bapa. Siapa yang boleh menjadi wali kepada perkahwinan saya?
Jawapan :

Sekiranya bapa kepada bapa (datuk) masih hidup, maka bapa kepada bapa (datuk) adalah menjadi wali kepada perkahwinan pemohon. Sekiranya bapa dan bapa kepada bapa (datuk) telah tiada, maka perwalian akan beralih kepada wali yang seterusnya sepertimana susunan wali berikut :

  1. Bapa kandung
  2. Datuk sebelah bapa ke atas
  3. Saudara lelaki seibu sebapa
  4. Saudara lelaki sebapa
  5. Anak saudara lelaki seibu sebapa
  6. Anak saudara lelaki sebapa
  7. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa
  8. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa
  9. Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
  10. Bapa saudara sebelah bapa sebapa
  11. Datuk saudara sebelah bapa seibu sebapa dengan datuknya
  12. Datuk daudara sebelah bapa sebapa dengan datuknya
  13. Moyang saudara sebelah bapa seibu sebapa dengan moyangnya
  14. Moyang saudara sebelah bapa sebapa dengan moyangnya
  15. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (sepupu lelaki)
  16. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa (sepupu lelaki)
  17. Cucu lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
  18. Anak datuk saudara sebelah bapa seibu sebapa dengan datuknya
  19. Anak datuk saudara sebelah bapa sebapa dengan datuknya
  20. Wali Hakim/Wali Raja/Wali Sultan

Soalan 2
Saya ingin berkahwin tetapi saya dilahirkan kurang enam bulan daripada tempoh perkahwinan ibubapa saya. Adakah bapa saya boleh mewalikan pernikahan saya?
Jawapan : Tidak boleh, pernikahan hendaklah menggunakan wali hakim.

Soalan 3
olehkah anak saya di’bin’kan ke atas nama bapa sedangkan perkahwinan kami dijalankan semasa saya sedang hamil sebulan?
Jawapan : Tidak boleh..

Soalan 1
Saya ingin berpoligami, bagaimanakah prosedur untuk permohonan perkahwinan berpoligami?
Jawapan : Seseorang yang ingin berpoligami hendaklah membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah.

Soalan 1
Bagaimana cara untuk membina masjid?
Jawapan : Membuat permohonan kepada Pejabat Agama Islam Daerah dengan mengisi borang BPM-01-01 (Borang Kebenaran Membina Masjid) yang disediakan.

Soalan 2
Dimanakah tempat untuk berurusan berkenaan pembinaan masjid?
Jawapan : Pejabat Agama Islam Daerah

Soalan 1
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan peruntukan membina masjid?
Jawapan :

  1. Memohon daripada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat (ICU).
  2. Dapatkan sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat dan sumbangan awam.

Soalan 1
Siapakah yang boleh mengemukakan permohonan untuk membina?
Jawapan : Jawatankuasa Penaja Pembinaan masjid

Soalan 1
Bagaimana cara untuk mendapatkan tapak untuk membina masjid?
Jawapan : Mengemukakan permohonan kepada JAIS.

Soalan 2
Berapakah keluasan tanah diperlukan untuk membina sesebuah masjid?
Jawapan : Sekurang-kurangnya 3 ekar.

Soalan 3
Berapakah jarak antara satu-satu masjid?
Jawapan : Jarak anatara satu-satu masjid ialah 3 kilometer. Walaubagaimanapun, kawasan mempunyai kepadatan tinggi boleh diberi pengecualian.

Soalan 4
Bagaimanakah cara untuk membuat semakan berkenaan tapak masjid di sesuatu kawasan.
Jawapan : Hubungi Unit Pembangunan JAIS atau Pihak Berkuasa Tempatan atau Pejabat Daerah/Tanah.

Soalan 5
Siapakah mereka yang layak dibenarkan untuk melaksanakan majlis pecah tanah Masjid dan surau?
Jawapan :

  1. DYMM Sultan Selangor
  2. Dato’ Menteri Besar (dengan perkenan Tuanku)
  3. Orang Besar Daerah (dengan perkenan Tuanku)

Soalan 6
Bagaimanakah untuk mendapatkan tapak masjid tambahan bagi kerja-kerja pembesaran masjid?
Jawapan : Memohon kepada Unit Pembangunan JAIS.

Soalan 1
Berapa lamakah tempoh diperlukan untuk meluluskan permohonan pembinaan masjid
Jawapan : Berdasarkan kelulusan Mesyuarat Kariah MAIS yang akan bermesyuarat 4 kali setahun

Soalan 2
Adakah kerja-kerja membaikpulih dan pembesaran masjid perlu mendapatkan kelulusan JAIS?
Jawapan : Ya.

Soalan 3
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan sumbangan bagi membaikpulih dan pembesaran masjid?
Jawapan : Memohon peruntukan ke Unit Pembangunan JAIS.

Soalan 1
Siapakah yang boleh dilantik sebagai Jawatankuasa Pembinaan Masjid?
Jawapan :

  1. Pegawai atau Jawatankuasa Masjid
  2. Pengerusi atau Jawatankuasa Surau
  3. Pengerusi Jawatankuasa Penaja

Soalan 1
Bolehkah Ahli Kariah mengutip derma untuk membina masjid?
Jawapan : Boleh, Ahli Kariah perlu mendapat kelulusan Majlis Agama Islam Selangor terlebih dahulu.

Soalan 2
Bagaimanakah pengurusan tabung pembinaan masjid?
Jawapan : Dengan menubuhkan akaun dana di Perbadanan Waqaf Selangor.

Soalan 3
Bolehkah pihak Masjid/Surau membaiki kerosakan dengan menggunakan dana/tabung Masjid/Surau?
Jawapan : Boleh, dengan syarat mendapatkan kebenaran daripada Unit Pembangunan JAIS melalui sokongan PAID.

Soalan 1
Bolehkah Masjid – masjid sedia ada dirobohkan dan dibina semula secara bertingkat untuk menampung kepadatan penduduk?
Jawapan : Boleh, dengan kebenaran JAIS terlebih dahulu.

Soalan 2
Siapakah yang perlu diadukan sekiranya terdapat kerosakan kritikal pada struktur bangunan masjid?
Jawapan : Membuat aduan kepada PAID untuk siasatan kemudian dipanjangkan ke Unit Pembangunan JAIS.

Soalan 1
Adakah perlu pelan bagi setiap kerja-kerja baik pulih atau pembesaran masjid?
Jawapan : Perlu dan mendapat pengesahan Unit Pembangunan JAIS.

Soalan 2
Adakah perlu pelan bagi setiap kerja-kerja baik pulih atau pembesaran masjid?
Jawapan : Perlu dan mendapat pengesahan Unit Pembangunan JAIS.

Soalan 1
Siapakah yang perlu membuat pengesahan kerosakan Masjid/Surau?
Jawapan : Juruteknik Pembangunan JAIS dan JKR.

Soalan 1
Siapakah yang boleh mengesahkan arah kiblat?
Jawapan : Jabatan Mufti mengesahkan arah kiblat bagi keperluan dalam pembinaan masjid/surau/musolla/tanah kubur. Jabatan Mufti akan mengesahkan arah kiblat melalui Sijil Perakuan Arah Kiblat.

Soalan 1
Siapakah Ahli Jawatankuasa Khutbah?
Jawapan :

  1. Terdiri daripada 12 orang individu yang telah dilantik oleh MAIS.
  2. Individu yang mempunyai kepakaran tertentu dalam bidang agama, Bahasa Arab, ilmu-ilmu Al-Quran & Hadis serta ilmu-ilmu penulisan.
  3. Individu yang mewakili Jabatan (Timbalan Pengarah JAIS & Mufti) dan seorang Ahli MAIS sebagai Pengerusi serta Ketua Penolong Pengarah BPM. sebagai setiausaha.
  4. Bermesyuarat 2 kali sebulan untuk menyemak dan mengedit serta mengesahkan draf teks khutbah.

Soalan 1
Bagaimanakah khutbah diedarkan ke masjid?
Jawapan :

  1. Pengedaran dibuat melalui perkhidmatan Pos Malaysia Berhad.
  2. Bagi kawasan Daerah Sepang diedarkan sendiri oleh PAID.
  3. Disedia menggunakan jaringan internet di laman Web JAIS (www.jais.gov.my) dan portal e-masjid.

Soalan 1
Siapakah yang menentukan tajuk-tajuk khutbah?
Jawapan :

  1. Ditentukan oleh Jawatankuasa Khutbah Selangor.
  2. Tajuk yang dipilih secara bebas oleh penulis.
  3. Tajuk-tajuk yang diarahkan oleh pihak-pihak berkuasa.

Soalan 1
Adakah orang awam dibolehkan menulis khutbah?
Jawapan : Penulisan khutbah bagi negeri Selangor adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Soalan 1
Bagaimanakah pengurusan perolehan bekalan dan perkhidmatan masjid?
Jawapan :

Pengurusan perolehan bekalan perkhidmatan masjid adalah sebagaimana yang digariskan dalam Garis Panduan Pengurusan Kewangan Masjid 2006 sebagaimana berikut :

Jenis Perolehan

Pembelian Terus

Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (3 Sebut harga) (RM)

Jawatankuasa Sebutharga

Kos Barangan atau perkhidmatan

1.00 – 1,000.00

1,001 – 10,000

Lebih daripada 10,000

Kos kerja

1.00 – 1,000.00

1,00, - 50,000

Lebih daripada 50,000

Soalan 1
Bagaimanakah untuk memohon menjadi guru takmir dan guru pengajian Al-Quran?
Jawapan : Pemohon boleh mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran.

Soalan 1
Berapakah bilangan guru takmir di Selangor?
Jawapan : 142 orang.

Soalan 1
Berapakah bayaran elaun yang akan diterima?
Jawapan : Guru Takmir akan minima elaun sebanyak RM800.00 sebulan dan Guru Al-Quran pula akan menerima sebayak RM120.00 sebulan.

Soalan 1
Berapa kali kah pengajian takmir dan Al-Quran dibenarkan dalam sebulan?
Jawapan : Guru Takmir dibenarkan mengajar 8 kali sebulan dan Guru Al-Quran sebanyak 4 kali.

Soalan 1
Dimanakah pengajianTakmir dan Pengajian AL-Quran diadakan?
Jawapan : Pengajian Takmir dan Pengajian Al-Quran boleh diadakan di Masjid atau di Surau sahaja.

Soalan 1
Adakah pemantauan dilakukan terhadap pengajian takmir dan al-quran?
Jawapan : Ada. Pemantauan dibuat secara berkala dan dilakukan oleh Pegawai Penyelaras Masjid Daerah dan Pegawai Takmir Negeri.

Soalan 1
Apakah kurikulum yang diserap dalam Pengajian Takmir dan Al-Quran?
Jawapan :

  1. Takmir - Kurikulum khas yang disediakan oleh JAKIM
  2. Pengajian Al Quran – tiada kurikulum yang khas.

Soalan 1
Perlukah guru takmir mendapatkan tauliah JAIS?
Jawapan : Perlu.

Soalan 1
Saya bernikah di Negeri Selangor tanpa kebenaran. Apa yang perlu saya lakukan untuk mendaftar dan mendapatkan surat perakuan nikah di Negeri Selangor?
Jawapan :

  • Perlu melaksanakan tindakan seperti berikut :
    1. Bagi Pernikahan Poligami :
    2. Membuat permohonan pengesahan nikah dan mendapatkan perintah daftar nikah daripada Mahkamah Tinggi Syariah terlebih dahulu.
    3. Bagi Pernikahan Bujang/Dara atau Duda/Janda :
    4. Membuat permohonan pengesahan nikah dan memohon mendaftarkan semula pernikahan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berkenaan.

Soalan 2
Saya telah bernikah pada tahun 1995 tanpa kebenaran dan tidak pernah didaftarkan, bolehkah saya ingin mendaftarkannya sekarang?
Jawapan : Boleh.

Soalan 1
Saya berasal dari Selangor dan isteri dari Kelantan. Ketika balik ke Kelantan, kami telah bergaduh dan saya telah melafazkan cerai kepada isteri. Dimana saya patut mendaftarkan perceraian tersebut?
Jawapan : Penceraian tersebut boleh didaftarkan dimana tempat isteri / suami bermastautin.

Soalan 2
Saya berkahwin di luar Negara dan telah mendaftarkan perkahwinan tersebut di Selangor. Kemudian berlaku perceraian di luar Negara dan perceraian tersebut telah didaftarkan di Negara tersebut. Adakah perlu perceraian tersebut saya daftarkan juga di Se
Jawapan : Tidak perlu, kerana surat perakuan cerai luar Negara diterima dan diiktiraf di Malaysia.

Soalan 1
Bolehkah Sijil Pendaftaran Penuh diperolehi tanpa pendaftaran sementara?
Jawapan : Tidak boleh. Pihak Pendaftar akan mengeluarkan Surat Perakuan Pendaftaran Sementara terlebih dahulu. Sijil Pendaftaran Penuh akan dikeluarkan apabila borang pendaftaran sekolah persendirian telah lengkap selesai diproses.

Soalan 1
Bilakah pendaftaran murid Prasekolah JAIS dibuka?
Jawapan :

  1. Pendaftaran murid adalah pada 2 Mei hingga 31 Julai setiap tahun.
  2. Pengesahan pula adalah pada 1 Oktober hingga 30 November setiap tahun.

Soalan 2
Bilakah tarikh pendaftaran masuk ke Sekolah Rendah Agama (SRA) dibuka?
Jawapan : Pendaftaran masuk untuk tahun satu (1) akan dibuka pada bulan Mac hingga Mei setiap tahun dan untuk pengesahan adalah pada bulan September.

Soalan 1
Apakah fungsi Bahagian Pengurusan Masjid?
Jawapan :

Aktiviti Utama Bahagian Pengurusan Masjid adalah sebagaimana berikut :

  1. Pendaftaran Masjid dan Surau;
  2. Kelulusan pembinaan Masjid dan Surau;
  3. Kelulusan Surau Solat Jumaat dan Naik Taraf Surau kepada Masjid;
  4. Pemantauan Penyelenggaraan Masjid dan Surau;
  5. Pengemaskinian Sistem Rekod dan Data
  6. Aduan Pelantikan dan Penamatan Pegawai dan Jawatankuasa Masjid dan Surau, Guru Ta’mir dan Guru Pengajian Al-Quran;
  7. Pembayaran elaun Pegawai dan Jawatankuasa Masjid, Guru Takmir dan Guru Pengajian Al-Quran;
  8. Urusan pembayaran Bantuan Moreh Bulan Ramadhan;
  9. Pengurusan Perkhidmatan Kakitangan Masjid-masjid Daerah dan Diraja;
  10. Urusetia Mesyuarat – Mesyuarat seperti Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS, Jawatankuasa Tadbir Masjid Negeri, Jawatankuasa Panel Khutbah Negeri Selangor, Unit Pengurusan Masjid Daerah, Mesyuarat PPMD dan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Masjid-Masjid Daerah dan Masjid Diraja dan Panel Jawatankuasa Islah;
  11. Penerbitan Teks Khutbah versi Jawi, Rumi dan Bahasa Inggeris;
  12. Penerbitan Multimedia khutbah Versi Rumi dan Inggeris;
  13. Penerbitan Koleksi Khutbah Versi Jawi, Rumi dan Inggeris;
  14. Pertandingan Masjid Terbaik bagi peringkat Masjid Daerah, Diraja Dan Kariah;
  15. Pertandingan Surau Terbaik bagi peringkat Daerah dan negeri;
  16. Pelaksanaan Pemantauan Penanda Aras (KPI), Masjid-masjid
  17. Pemantauan & Penilaian Khutbah, Pemantauan Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemantauan Kewangan Masjid;
  18. Program Bulan Pengimarahan Masjid.
  19. Penyediaan Kaedah dan Peraturan-peraturan, Garis Panduan dan Tatacara Berkaitan Masjid dan Surau;
  20. Penyediaan Standard Kebersihan Tandas Masjid dan Surau;
  21. Menganjurkan seminar-seminar dan kursus-kursus untuk Pegawai dan Jawatankuasa Masjid seluruh Negeri Selangor.

Soalan 2
Bolehkah surau yang tidak berdaftar dengan JAIS memohon solat jumaat?
Jawapan : Tidak boleh

Soalan1
Siapakah yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia?
Jawapan : Permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah terbuka kepada pengusaha Islam dan bukan Islam.

Soalan2
Bagaimanaka proses permohonan Sijil Pengesahan Halal (SPH) dibuat?
Jawapan :

A.     Semua permohonan pensijilan halal adalah menggunakan borang yang perlu diisi secara on-line melalui sistem e-halal yang dibangunkan oleh JAKIM di laman web sesawang :

http://www.halal.gov.my Kategori permohonan yang layak adalah seperti berikut:

  1. Pengeluar / pengilang produk (manufacturer / producer)
  2. Pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer)
  3. Pengusaha pembungkusan semula (repacking)
  4. Premis makanan (food premise)
  5. Premis sembelihan (abattoir / slaughter house)
  6. Farmaseutikal
  7. Logistik (pengangkutan, pergudangan)

B.     Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan mengemukakan butiran-butiran seperti yang dikehendaki di dalam borang dengan menyertakan salinan dokumen sokongan yang berkaitan mengikut kategori seperti berikut :

  1. Produk makanan
  2. Premis makanan (hotel / restoran)
  3. Barang gunaan
  4. Kosmetik dan dandanan diri
  5. Premis sembelihan
  6. Farmaseutikal
  7. Logistik

Soalan 1
Adakah JAIS menerbitkan koleksi tahunan khutbah?
Jawapan : Ya, JAIS menerbitkan dua (2) siri bagi teks Bahasa Melayu dan 1 siri bagi teks Bahasa Inggeris pada setiap tahun.

Soalan 1
Apakah bentuk-bentuk penerbitan yang dikeluarkan oleh Bahagian Dakwah?
Jawapan :

  1. Pamplet
  2. Buku poket
  3. Buletin
  4. Risalah
  5. Buku separa ilmiah
  6. CD / DVD Ilmiah
  7. Video pendek
  8. Sticker

Soalan 2
Apakah penerbitan-penerbitan yang dikeluarkan boleh diedarkan kepada institusi-institusi dan orang persendirian?
Jawapan : Boleh.

Soalan 3
Apakah prosedur untuk mendapatkan bahan-bahan penerbitan tersebut?
Jawapan :

     Pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonan ke alamat berikut:

              Bahagian Dakwah

              Jabatan Agama Islam Selangor

              Tingkat 7 Menara Selatan,

              Bangunan Sultan Idris Shah

              No.2 Persiaran Masjid, Bukit SUK,

              Seksyen 5

              40676 Shah Alam Selangor

Soalan 4
Bolehkah saya menyumbang hasil penulisan ke Bahagian Dakwah JAIS?
Jawapan : Boleh. Sumbangan hasil penulisan hendaklah dihantar ke Unit Penerangan dan Penerbitan Bahagian Dakwah JAIS atau info@jais.gov.my

          Sebarang hasil penulisan yang diterbitkan, penulis akan menerima bayaran saguhati dan ia adalah menjadi hakmilik Jabatan.

Soalan 1
Bagaimanakah cara mendapatkan maklumat berkaitan penerbitan atau media yang diharamkan?
Jawapan :

A. Maklumat penerbitan atau media yang telah diharamkan boleh diperolehi melalui:

  1. Kementerian Dalam Negeri (KDN)
  2.                          Bahan-bahan tersebut boleh didapatidi laman sesawang: http://www.moha.gov.my.

  3. Jabatan Mufti Negeri Selangor.
  4.                          Bahan-bahan tersebut boleh didapati di laman sesawang: http://www.muftiselangor.gov.my

Soalan 1
Bagaimanakah cara untuk membuat aduan berkaitan media atau penerbitan yang menyentuh sensitiviti umat Islam?
Jawapan :

A. Pengadu adalah disyorkan untuk mengemukakan maklumat aduan secara terperinci melalui:

  1. Facebook jabatan: http://www.facebook.com/JabatanAgamaIslamSelangor
  2. Telefon : 03-55143600 / 3400 sambungan 3532, 3679, 3603, 3681, 2093 dan 2094
  3. E-mel jabatan: info@jais.gov.my
  4. atau hadir sendiri ke:

                             Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan,

                             Jabatan Agama Islam Selangor,

                             Tingkat 5, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah,

                             40676 Shah Alam, Selangor        

Soalan 1
Adakah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) diberikan kepada semua murid sekolah Agama JAIS?
Jawapan : Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) diberikan kepada semua murid warganegera Malaysia yang belajar di SRAI, SRA, KAFA, MITS dan SAM (sukatan Al Azhar) SPBT tidak dibekalkan kepada sekolah Islam persendirian/ swasta.

Soalan 2
Adakah buku teks boleh dibeli sendiri oleh murid yang tidak mahu membuat pinjaman melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)?
Jawapan : Boleh. Buku teks boleh dibeli terus daripada penerbit.

Soalan 3
Adakah murid yang berpindah ke sekolah baru boleh membawa bersama buku Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)?
Jawapan : Boleh tetapi perlu direkodkan maklumat pergerakan buku tersebut oleh guru SPBT.

Soalan 4
Sekiranya buku Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) hilang, adakah murid tersebut perlu menggantikannya?
Jawapan : Perlu diganti dengan cara membeli buku baru ataupun membayar kepada pihak sekolah mengikut nilai buku tersebut.

Soalan 1
Adakah orang awam mempunyai kuasa menangkap? Siapakah individu lain yang mempunyai kuasa menangkap selain Pegawai Penguatkuasa Agama JAIS?
Jawapan :

  1. Orang awam tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan tangkapan. Walaubagaimanapun orang awam boleh membantu Pegawai Penguatkuasa Agama JAIS ataupun Pegawai Masjid untuk menjalankan tangkapan dengan menyalurkan maklumat.
  2. Selain Pegawai Penguatkuasa Agama JAIS, pegawai-pegawai masjid yang terdiri daripada Nazir, Imam 1, Bilal 1 dan Siak 1 turut diberi kuasa oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam untuk menjalankan tangkapan di qariah masing-masing.

Soalan 2
Apakah syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk orang awam mendapatkan kad kuasa bagi membuat tangkapan?
Jawapan :

  1. Kuasa melaksanakan tindakan penguatkuasaan diberi secara undang-undang kepada semua Pegawai Masjid yang diberi tauliah perlantikan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang terdiri daripada Nazir, Imam, Bilal atau Siak menurut Seksyen 101, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor No. 1 Tahun 2003.
  2. Selain itu, MAIS boleh melantik mana-mana anggota perkhidmatan awam Islam negeri atau perkhidmatan bersama daripada mana-mana agensi kerajaan bagi melaksanakan tindakan penguatkuasaan menurut Seksyen 79, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor No. 1 Tahun 2003.

Soalan 1
Adakah setiap kebenaran yang dikeluarkan dikenakan bayaran?
Jawapan : Ya, bayaran RM10.00 akan dikenakan bagi setiap kebenaran yang dikeluarkan.

Soalan 1
Berapakah bayaran yang dikenakan bagi kad nikah pintar?
Jawapan : Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 40.00 untuk 2 keping kad.

Soalan 1
Berapakah jumlah bayaran yang perlu dibayar kepada Penolong Pendaftar Nikah?
Jawapan : Bayarannya adalah sebanyak RM 160.00  iaitu RM 100.00 kepada jurunikah, RM 20.00 untuk pendaftaran perkahwinan dan RM 40.00 kepada dua orang saksi.)

Soalan 1
Apakah prosedur bagi semakan semula keputusan?
Jawapan :

  1. Calon mesti mengisi borang yang disediakan dalam tempoh 30 hari selepas keputusan diisytiharkan.
  2. Perlu mendapatkan pengesahan dari guru besar/pengetua.
  3. Urusan perlu dilakukan oleh ibubapa/penjaga.
  4. Bayaran adalah seperti berikut:
  5.              PSRA – RM5 satu kertas.

                 SMA/SMATQ – RM10 satu kertas

  6. Keputusan akan dimaklumkan selepas 14 hari bekerja.

Soalan 1
Adakah terdapat sebarang bayaran saguhati kepada penulis khutbah?
Jawapan :

  1. RM 400 dibayar kepada penulis teks khutbah Jumaat.
  2. RM 600 dibayar kepada penulis teks khutbah hari raya.

Soalan 1
Bolehkah bayaran denda dibayar secara ansuran?
Jawapan : Boleh, mengikut budi bicara mahkamah.

Soalan 1
Berapakah bayaran dan bagaimanakah cara pembayaran KPPI (Kursus Pra-Perkahwinan Islam)?
Jawapan :

     Bayaran yang dikenakan adalah RM80.00 seorang secara tunai untuk 2 hari kursus merangkumi buku dan makan minum.

              *KPPI anjuran PAID, pembayaran kursus dibuat pada hari permohonan.  Manakala KPPI anjuran BUUK, pembayaran kursus dibuat pada hari pendaftaran.

Soalan 1
Kad nikah saya telah hilang, bolehkah saya membuat semula kad nikah yang baru?
Jawapan : Boleh, dengan mengemukakan dokumen berkaitan, dan pembayaran RM 20.00 bagi sekeping kad.

Soalan 1
Saya telah memiliki kad nikah Negeri Selangor yang di laminate, adakah saya perlu memohon kad nikah pintar yang terbaru?
Jawapan :

     Tidak perlu, tetapi sekiranya berminat boleh memohon kad nikah pintar  melalui Kaunter OSC, di Aras Bawah, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah pada setiap hari bekerja (Isnin – Jumaat) dari jam 8.30 pagi – 4.30 petang, dengan mengemukakan sesalinan surat perakuan nikah, sekeping gambar suami, sekeping gambar isteri bertudung  dan membuat pembayaran RM 40.00 bagi 2 keping kad.

Soalan 1
Berapakah bayaran bagi calon persendirian?
Jawapan :

  1. Calon PSRA – RM10
  2. Calon SMA/SMATQ melalui sekolah– RM20
  3. Calon SMA/SMATQ individu – RM20 (pendaftaran) dan RM10 (setiap subjek yang diambil)

Soalan 1
Bagaimanakah untuk mendapatkan salinan sijil peperiksaan?
Jawapan :

  1. Calon mesti mengisi borang yang disediakan.
  2. Urusan perlu dilakukan oleh ibubapa/penjaga.
  3. Bayaran sebanyak RM10 sahaja.
  4. Salinan sijil akan diserahkan dalam tempoh 7 hari bekerja.

AQIDAH (2)

Soalan 1
Bagaimanakah cara mendapatkan maklumat berkaitan ajaran sesat dan menyeleweng ?
Jawapan : Senarai ajaran sesat boleh didapati melalui permohonan rasmi dan laman web sesawang JAIS :http://www.jais.gov.my link pautan laman sesawang Jabatan Mufti Negeri Selangor : http://www.muftiselangor.gov.my , manakala ajaran meragukan yang masih di dalam kajian hanya boleh diketahui oleh pihak-pihak tertentu melalui permohonan rasmi.

Soalan 1
Apakah kaedah untuk mengenalpasti ajaran yang sesat dan menyeleweng atau meragukan?

Jawapan : Sesuatu ajaran itu dikenalpasti sebagai ajaran yang sesat dan menyeleweng apabila bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah serta bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ajaran yang meragukan pula boleh dikenalpasti melalui ciri-ciri ajaran dan modus operandi yang pelik serta bertentangan dengan perkara yang sedia maklum di dalam ajaran Islam.

KURSUS (1)

Soalan 1
Bagaimanakah permohonan mendapatkan tauliah sembelihan, tempoh proses permohonan dan tempoh sah laku untuk satu-satu masa?
Jawapan :

A. Untuk permohonan mendapatkan tauliah sembelihan, pemohon perlu memenuhi prasyarat berikut :

  1. Telah bekerja secara tetap di premis sembelihan komersil (bukan pekerja sambilan, sementara atau orang awam)
  2. Warganegara Malaysia. Bagi penduduk tetap, permohonan boleh dipertimbangkan.
  3. Permohonan adalah melalui majikan dan perlu mempunyai premis sembelihan tetap.
  4. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan sihat tubuh badan.
  5. Tamat pendidikan sekurang-kurangnya sekolah rendah dan boleh membaca serta menulis.

B. Proses permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon perlu melengkapkan borang bagi mengikuti Kursus Penyembelihan Halal Komersil yang boleh diperolehi di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, JAIS.
  2. Pemohon perlu menghadiri kursus dan ujian selama 2 hari berdasarkan tarikh yang akan ditetapkan oleh urus setia kursus.
  3. Pemohon diwajibkan untuk mengikuti semua sesi di dalam kursus tersebut termasuklah sesi ceramah, ujian praktikal sembelihan, ujian bertulis dan ujian lisan.
  4. Semua pemohon akan dimaklumkan secara bertulis berhubung status ujian yang telah diambil.
  5. Bagi calon yang berjaya, kad tauliah akan dikeluarkan dalam masa 30 hari bekerja. Bagi calon yang gagal dan masih berminat, pemohon hanya perlu mengulangi mana-mana bahagian ujian yang gagal sahaja.

C. Tempoh sah laku tauliah adalah satu (1) tahun. Pemohon perlu memperbaharui tauliah yang telah tamat tempoh selewat-lewatnya sebulan selepas tamat tempoh.

D. Tempoh sah laku dianggap tamat sekiranya pemegang kad tauliah berkenaan tidak lagi bertugas di premis yang dinyatakan di dalam kad berkenaan. Pemegang kad tauliah perlu membuat permohonan pengeluaran semula kad tauliah mengikut premis baru jika bertukar kerja.

Soalan 2
Siapakah yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia?
Jawapan : Permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah terbuka kepada pengusaha Islam dan bukan Islam.

Soalan 3
Bagaimanakah proses permohonan Sijil Pengesahan Halal (SPH) dibuat?
Jawapan :

A. Semua permohonan pensijilan halal adalah menggunakan borang yang perlu diisi secara on-line melalui sistem e-halal yang dibangunkan oleh JAKIM di laman web sesawang :

              http://www.halal.gov.my.   Kategori permohonan yang layak adalah seperti berikut:

  1. Pengeluar / pengilang produk (manufacturer / producer)
  2. Pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer)
  3. Pengusaha pembungkusan semula (repacking)
  4. Premis makanan (food premise).
  5. Premis sembelihan (abattoir / slaughter house)
  6. Farmaseutikal
  7. Logistik (pengangkutan, pergudangan)

B. Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) / Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) akan menguruskan proses pengesahan permohonan bagi kilang / premis makanan di negeri masing-masing melalui sistem berkenaan sehingga selesai.

Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan mengemukakan butiran-butiran seperti yang dikehendaki di dalam borang dengan menyertakan salinan dokumen sokongan yang berkaitan mengikut kategori seperti berikut :

  1. Produk makanan
  2. Premis makanan (hotel / restoran)
  3. Barang gunaan
  4. Kosmetik dan dandanan diri
  5. Premis sembelihan
  6. Farmaseutikal
  7. Logistik

C. Salinan borang permohonan on-line hendaklah dihantar bersama-sama dokumen sokongan permohonan untuk disemak oleh pegawai JAIS dalam tempoh 5 hari bekerja.

D. Jika perlu, pemohon perlu melengkapkan dokumen sokongan tambahan yang diminta dalam tempoh masa yang ditetapkan.

E. Surat arahan pembayaran fi pensijilan halal akan dikeluarkan sekiranya permohonan yang dihantar lengkap dan sempurna. Bagi permohonan yang tidak lengkap, surat bayaran tidak akan dikeluarkan dan permohonan ditolak secara automatik.

F. Proses audit akan dilaksanakan oleh pegawai auditor JAKIM / JAIS selepas bayaran fi dijelaskan oleh pemohon.

G.Setelah melalui proses audit yang sempurna, permohonan tersebut akan dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Halal Negeri Selangor (MJPHNS) untuk dibincangkan.

H. Jika Mesyuarat bersetuju dengan kelulusan permohonan tersebut, sijil akan dikeluarkan oleh JAKIM.

             * Sebarang maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang  JAKIM : http://www.halal.gov.my dan JAIS : http://www.jais.gov.my.

Soalan 4
Berapakah tempoh masa proses permohonan mendapatkan Sijil Pengesahan Halal?
Jawapan :

  1. Tempoh masa proses permohonan yang lengkap adalah 30 hari bekerja. Tempoh masa ini dikira dari tarikh bayaran fi pensijilan halal diterima oleh urusetia pensijilan halal sehingga laporan penuh permohonan dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Halan Negeri Selangor (MJPHNS).
  2. Tempoh masa di antara penghantaran permohonan secara on-line / serahan salinan dokumen permohonan dan semakan dokumen permohonan adalah tidak termasuk dalam kiraan tempoh masa ini. Bagi permohonan yang tidak lengkap, surat bayaran tidak akan dikeluarkan dan permohonan ditolak secara automatik.

Soalan 5
Berapakah tempoh sah laku sijil halal untuk satu-satu masa?
Jawapan : Tempoh sah laku sijil halal untuk satu-satu masa adalah selama dua (2) tahun. Tempoh sah laku ini walaubagaimanapun berbeza bagi premis sembelihan iaitu selama setahun.

Soalan 6
Adakah proses pemantauan / pengawasan dijalankan dalam tempoh sah laku pensijilan halal?
Jawapan : Ya, proses pemantauan / pengawasan akan dilakukan secara berkala dalam tempoh tersebut.

Soalan 7
Siapakah yang melaksanakan pemantauan / pengawasan?
Jawapan : Pegawai auditor JAKIM / JAIS akan melaksanakan pemantauan / pengawasan secara berkala. Jika perlu, agensi kerajaan lain yang berkaitan boleh turut hadir bersama.

Soalan 8
Bagaimana untuk memastikan logo halal yang ada itu diiktiraf atau sebaliknya?
Jawapan :

Logo halal yang sah dan diktiraf adalah logo halal yang mematuhi Akta Perihal Dagangan 2011 : Perintah Perihal Dagangan – Perakuan dan Penandaan Halal, 2011. Logo halal ini terbahagi dua seperti berikut:
Bagi produk keluaran dalam negara, logo yang diiktiraf merupakan logo halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Agama (JAKIM / MAIN). Logo ini adalah logo yang didaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan 1976 dan mempunyai spesifikasi seperti berikut:

 

  1. Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan.
  2. Diikuti tulisan rumi “HALAL”.
  3. Bulatan logo tertulis perkataan “MALAYSIA” dalam tulisan rumi dan dalam perkataan Arab.
  4. Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Soalan 9
Adakah perlu menggantungkan/ mempamerkan logo halal di premis tertentu?
Jawapan : Ya, pengusaha yang memperolehi kelulusan Sijil Pengesahan Halal perlu menggantung atau mempamerkan logo bersama sijil di tempat yang mudah dilihat dan dibaca di premis.

HALAL (17)

Soalan 1
Siapakah yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia?
Jawapan : Permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah terbuka kepada pengusaha Islam dan bukan Islam.

Soalan 1
Bagaimanaka proses permohonan Sijil Pengesahan Halal (SPH) dibuat?
Jawapan :

A.     Semua permohonan pensijilan halal adalah menggunakan borang yang perlu diisi secara on-line melalui sistem e-halal yang dibangunkan oleh JAKIM di laman web sesawang :

http://www.halal.gov.my Kategori permohonan yang layak adalah seperti berikut:

  1. Pengeluar / pengilang produk (manufacturer / producer)
  2. Pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer)
  3. Pengusaha pembungkusan semula (repacking)
  4. Premis makanan (food premise)
  5. Premis sembelihan (abattoir / slaughter house)
  6. Farmaseutikal
  7. Logistik (pengangkutan, pergudangan)

B.     Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan mengemukakan butiran-butiran seperti yang dikehendaki di dalam borang dengan menyertakan salinan dokumen sokongan yang berkaitan mengikut kategori seperti berikut :

  1. Produk makanan
  2. Premis makanan (hotel / restoran)
  3. Barang gunaan
  4. Kosmetik dan dandanan diri
  5. Premis sembelihan
  6. Farmaseutikal
  7. Logistik

Soalan 1
Proses e-halal?
Jawapan : Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) / Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) akan menguruskan proses pengesahan permohonan bagi kilang / premis makanan di negeri masing-masing melalui sistem berkenaan sehingga selesai.

Soalan 1
Berapakah tempoh masa proses permohonan mendapatkan Sijil Pengesahan Halal?
Jawapan :

  1. Tempoh masa proses permohonan yang lengkap adalah 30 hari bekerja. Tempoh masa ini dikira dari tarikh bayaran fi pensijilan halal diterima oleh urusetia pensijilan halal sehingga laporan penuh permohonan dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Halan Negeri Selangor (MJPHNS).
  2. Tempoh masa di antara penghantaran permohonan secara on-line / serahan salinan dokumen permohonan dan semakan dokumen permohonan adalah tidak termasuk dalam kiraan tempoh masa ini. Bagi permohonan yang tidak lengkap, surat bayaran tidak akan dikeluarkan dan permohonan ditolak secara automatik.

Soalan 1
Berapakah tempoh sah laku sijil halal untuk satu-satu masa?
Jawapan : Tempoh sah laku sijil halal untuk satu-satu masa adalah selama dua (2) tahun. Tempoh sah laku ini walaubagaimanapun berbeza bagi premis sembelihan iaitu selama setahun.

Soalan 1
Adakah proses pemantauan / pengawasan dijalankan dalam tempoh sah laku pensijilan halal?
Jawapan : Ya, proses pemantauan / pengawasan akan dilakukan secara berkala dalam tempoh tersebut.

Soalan 1
Berapa lama tempoh sah laku tauliah?
Jawapan :

  1. Tempoh sah laku tauliah adalah satu (1) tahun. Pemohon perlu memperbaharui tauliah yang telah tamat tempoh selewat-lewatnya sebulan selepas tamat tempoh.
  2. Tempoh sah laku dianggap tamat sekiranya pemegang kad tauliah berkenaan tidak lagi bertugas di premis yang dinyatakan di dalam kad berkenaan. Pemegang kad tauliah perlu membuat permohonan pengeluaran semula kad tauliah mengikut premis baru jika bertukar kerja.

Soalan 1
Siapakah yang melaksanakan proses audit ?
Jawapan : Proses audit akan dilaksanakan oleh pegawai auditor JAKIM / JAIS selepas bayaran fi dijelaskan oleh pemohon.

Soalan 2
Siapakah yang mengesahkan permohonan selepas audit dilakukan?
Jawapan : Setelah melalui proses audit yang sempurna, permohonan tersebut akan dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Halal Negeri Selangor (MJPHNS) untuk dibincangkan.

Soalan 1
Siapakah yang akan membuat siasatan terhadap sebarang aduan berkaitan?
Jawapan : Pegawai JAKIM / JAIS bertanggungjawab membuat siasatan terhadap aduan yang diterima. Jika perlu, agensi kerajaan lain yang berkaitan boleh turut hadir bersama membuat siasatan.

Soalan 1
Bagaimana untuk memastikan logo halal yang ada itu diiktiraf atau sebaliknya?
Jawapan :

Logo halal yang sah dan diktiraf adalah logo halal yang mematuhi Akta Perihal Dagangan 2011 : Perintah Perihal Dagangan – Perakuan dan Penandaan Halal, 2011. Logo halal ini terbahagi dua seperti berikut:
Bagi produk keluaran dalam negara, logo yang diiktiraf merupakan logo halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Agama (JAKIM / MAIN). Logo ini adalah logo yang didaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan 1976 dan mempunyai spesifikasi seperti berikut:

 

  1. Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan.
  2. Diikuti tulisan rumi “HALAL”.
  3. Bulatan logo tertulis perkataan “MALAYSIA” dalam tulisan rumi dan dalam perkataan Arab.
  4. Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Soalan 1
Adakah perlu menggantungkan/ mempamerkan logo halal di premis tertentu?
Jawapan : Ya, pengusaha yang memperolehi kelulusan Sijil Pengesahan Halal perlu menggantung atau mempamerkan logo bersama sijil di tempat yang mudah dilihat dan dibaca di premis.

Soalan 1
Apakah undang-undang yang ada berkaitan penyalahgunaan perbahasaan halal?
Jawapan :

- Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor), 1995.
- Akta Perihal Dagangan 2011:

  1. Perintah Perihal Dagangan : Takrif Halal, 2011
  2. Perintah Perihal Dagangan : Perakuan dan Penandaan Halal, 2011

Soalan 1
Bagaimanakah permohonan mendapatkan tauliah sembelihan?
Jawapan :

Untuk permohonan mendapatkan tauliah sembelihan, pemohon perlu memenuhi prasyarat berikut :

  1. Telah bekerja secara tetap di premis sembelihan komersil (bukan pekerja sambilan, sementara atau orang awam)
  2. Warganegara Malaysia. Bagi penduduk tetap, permohonan boleh dipertimbangkan.
  3. Permohonan adalah melalui majikan dan perlu mempunyai premis sembelihan tetap.li>
  4. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan sihat tubuh badan.
  5. Tamat pendidikan sekurang-kurangnya sekolah rendah dan boleh membaca serta menulis.

Soalan 1
Bagaimanakah untuk membuat permohonan?
Jawapan :

Proses permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon perlu melengkapkan borang bagi mengikuti Kursus Penyembelihan Halal Komersil yang boleh diperolehi di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, JAIS.
  2. Pemohon perlu menghadiri kursus dan ujian selama 2 hari berdasarkan tarikh yang akan ditetapkan oleh urus setia kursus.
  3. Pemohon diwajibkan untuk mengikuti semua sesi di dalam kursus tersebut termasuklah sesi ceramah, ujian praktikal sembelihan, ujian bertulis dan ujian lisan.
  4. Semua pemohon akan dimaklumkan secara bertulis berhubung status ujian yang telah diambil.
  5. Bagi calon yang berjaya, kad tauliah akan dikeluarkan dalam masa 30 hari bekerja. Bagi calon yang gagal dan masih berminat, pemohon hanya perlu mengulangi mana-mana bahagian ujian yang gagal sahaja.

Soalan 1
Apakah proses samak sertu (samak) dan bagaimanakah ianya dilaksanakan?
Jawapan :

Proses sertu (samak) ialah membasuh sama ada peralatan atau kawasan yang terkena najis mughallazah dengan cara :

  1. Membuang ain (sifat) najis, (warna, bau dan rasa); dan
  2. Melalukan air bercampur tanah (sekali) dan air mutlak (enam kali)
  3. Maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang JAKIM: http://www.halal.gov.my

Soalan 1
Bagaimanakah cara mendapatkan senarai premis halal di Malaysia atau Selangor -cth : hotel?
Jawapan : Senarai tersebut boleh diperolehi secara on-line di laman sesawang JAKIM : http://www.halal.gov.my ruang PENGGUNA –DIREKTORI HALAL MALAYSIA.

Soalan 1
Bagaimanakah untuk mengenalpasti dan mendapatkan senarai produk yang disahkan halal?
Jawapan : Senarai tersebut boleh diperolehi secara on-line dilaman sesawang JAKIM : http://www.halal.gov.my ruang PENGGUNA – DIREKTORI HALAL MALAYSIA.

Soalan 1
Siapakah yang mendapat elaun di kalangan Jawatankuasa Masjid dan berapakah jumlah elaun tersebut?
Jawapan :

Bil

Jawatan

Jumlah (RM)

Tempoh Bayaran

1.

Nazir

RM 200.00

Setiap bulan

2.

Timbalan Nazir

RM 100.00

Setiap bulan

3.

Setiausaha

RM 100.00

Setiap bulan

4.

Penolong Setiausaha

RM 200.00

Setahun sekali

5.

Bendahari

RM 100.00

Setiap bulan

6.

Imam

RM 750.00

Setiap bulan

7.

Bilal 1

RM 290.00

Setiap bulan

Bilal 2

RM 200.00

Setiap bulan

8.

Siak 1

RM 240.00

Setiap bulan

Siak 2

RM 150.00

Setiap bulan

9.

Ahli Jawatankuasa

RM 200.00

Setahun sekali

10.

Wakil Pemuda

RM200.00

Setahun sekali

11.

Wakil Wanita

RM200.00

Setahun sekali

12.

Pemeriksa Kira-kira

RM200.00

Setahun sekali

Soalan 1
Adakah Pegawai dan Jawatankuasa Masjid di beri elaun dan siapa yang membayar?
Jawapan : Ya, elaun imam akan dibayar oleh pihak JAKIM manakala elaun untuk Pegawai dan Jawatankuasa Masjid berkenaan akan dibayar oleh Lembaga Zakat Selangor

Soalan 2
Bagaimanakah pembayaran elaun dibuat?
Jawapan : Elaun imam akan dibayar terus kepada akaun imam tersebut. Manakala elaun untuk pegawai masjid dan jawatankuasa kariah masjid berkenaan dibayar melalui cek ke akaun masjid.

Soalan 3
Bolehkah imam-imam masjid yang baru dinaiktaraf mendapat elaun peruntukan JAKIM?
Jawapan : Boleh, kecuali masjid institusi

Soalan 4
Bagaimanakah masjid yang telah dinaiktaraf boleh mendapatkan elaun bulanan daripada Lembaga Zakat Selangor?
Jawapan : Setelah Pegawai dan Jawatankuasa Masjid tersebut mendapat tauliah pelantikan MAIS maka pihak JAIS akan menghantar permohonan kepada pihak Lembaga Zakat Selangor dalam tempoh 3 bulan dari pelantikan MAIS.

Soalan 1
Siapakah yang membayar elaun guru takmir dan bagaimanakah bayaran dibuat?
Jawapan :

  1. Elaun dibayar oleh Jabatan Kemajuna Islam Malaysia (JAKIM).
  2. Bayaran dibuat melalui borang tuntutan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Soalan 2
Berapakah bayaran elaun yang akan diterima?
Jawapan : Guru Takmir akan minima elaun sebanyak RM800.00 sebulan dan Guru Al-Quran pula akan menerima sebayak RM120.00 sebulan.

Soalan 1
Apakah maksud Program Isbat Hafazan?
Jawapan : Isbat Hafazan ialah satu insentif program yang diwujudkan oleh MAIS khusus kepada para Huffaz di Negeri Selangor untuk mereka menjaga, memeliharadan mengekalkan Hafazan Al-Quran mereka.

Soalan 2
Apakah maksud Elaun Isbat Hafazan?
Jawapan : Elaun Isbat Hafazan ialah pemberian elaun khusus kepada para Huffaz di Negeri Selangor sebagai satu pengiktirafan atas daya usaha mereka menjaga, memelihara dan mengekalkan hafazan Al-Quran. Elaun Isbat Hafazan akan diberi kepada pemohon yang layak mengikut kategori masing-masing. Ia akan diberi sebanyak dua (2) kali setahun bagi permohonan 18 tahun ke atas dan sekali setahun bagi permohonan 18 tahun ke bawah.

Soalan 3
Berapakah kadar Elaun Isbat Hafazan?
Jawapan :

A. Kadar Elaun Isbat Hafazan bagi permohonan 18 tahun ke atas adalah seperti berikut :

  1. Kategori 1 hingga 10 Juzuk : RM 200 sebulan X 6 bulan
  2. Kategori 1 hingga 20 Juzuk : RM 300 sebulan X 6 bulan
  3. Kategori 1 hingga 30 Juzuk : RM 500 sebulan X 6 bulan

B. Kadar Elaun Isbat Hafazan bagi permohonan 18 tahun ke bawah adalah seperti berikut :
  1. Kategori 1 hingga 30 Juzuk : RM 250 sebulan X 12 bulan

Soalan 4
Apakah syarat kelayakan untuk mendapatkan Elaun Isbat Hafazan?
Jawapan : Pemohon hendaklah lulus temuduga dengan mendapat markah 90% ke atas dan telah mendapat pengesahan Jawatankuasa Penilai Isbat Hafazan.

Soalan 5
Bilakah Temuduga Elaun Isbat Hafazan dilaksanakan?
Jawapan :

  1. Bagi permohonan kategori 18 tahun ke atas temuduga akan dilaksanakan dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Mei bagi sesi pertama (Januari – Jun) dan bulan November bagi sesi kedua (Julai – Disember).
  2. Bagi permohonan kategori 18 tahun ke bawah temuduga akan dilaksanakan sekali setahun iaitu pada bulan Mei.

Soalan 6
Berapa lamakah tempoh layak seseorang menerima Elaun Isbat Hafazan?
Jawapan :

1. Bagi permohonan 18 tahun ke atas :

A. Kategori 1 hingga 10 juzuk :
                      Layak untuk menerima elaun sebanyak enam (6) kali temuduga (3 tahun). Sekiranya masih berminat untuk menyertai Isbat Hafazan,mereka hendaklah memohon kategori yang lebih tinggi iaitu kategori 1 hingga 20 juzuk atau 1 hingga 30 juzuk pada tahun berikutnya.
B. Kategori 1 hingga 20 juzuk :
                      Layak untuk menerima elaun sebanyak enam (6) kali temuduga (3 tahun). Sekiranya masih berminat untuk menyertai Isbat Hafazan mereka hendaklah memohon kategori yang lebih tinggi iaitu 1 hingga 30 juzuk pada tahun berikutnya.
C. Kategori 1 hingga 30 juzuk :
                      Tiada had tempoh. Walau bagaimanapun, pemberian Elaun Isbat Hafazan ini adalah tertakluk kepada Polisi dan Dasar Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

2. Bagi Permohonan 18 Tahun Ke Bawah:

         Pemohon yang lulus temuduga layak untuk menerima elaun Isbat Hafazan sehingga mencapai umur 18 tahun.

KEBENARAN (2)

Soalan 1
Apakah syarat-syarat minimum untuk memohon Dermasiswa tersebut?
Jawapan :

  1. Syarat minimum memohon dermasiswa bergantung kepada polisi dan berkemungkinan berubah setiap tahun.
  2. Syarat permohonan Dermasiswa boleh dirujuk dalam iklan yang dikeluarkan oleh Lembaga Zakat Selangor mengikut tahun semasa.

Soalan 1
Apakah bidang pengajian yang ditawarkan dan di Negara mana?
Jawapan :

  1. Bahasa Arab di Mesir, Jordan dan Morocco.
  2. Pengajian Islam (Usulludin dan Syariah) di Mesir, Jordan dan Morocco.
  3. Perubatan di Mesir.
  4. Tahfiz (Qiraat) di Mesir.
  5. Pengajian Islam (Perbankan Islam) di Jordan.

KERJAYA (5)

Soalan 1
Bagaimanakah permohonan untuk Latihan Dalam Kursus (pelajar praktikal) di JAIS?
Jawapan : Pelajar boleh menghantar resume permohonan beserta surat daripada Institusi pendidikan ke unit latihan PSM JAIS. Kelulusan penempatan pelajar praktikal akan dimaklumkan kepada penama dan institusi pendidikan. Elaun boleh diberi tertakluk kepada peruntukan jabatan.

Soalan 1
Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan tetap di JAIS?
Jawapan : Urusan pengambilan ke jawatan tetap adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan awam Negeri Selangor (SPN). Sehubungan itu, setiap permohonan untuk pengisian jawatan tetap perlu dibuat melalui SPA (www.spa.gov.my) dan SPN (spn.selangor.gov.my)

Soalan 1
Bilakah penawaran jawatan kosong di JAIS dibuka?
Jawapan : Penawaran jawatan kosong dibuka biasanya pada awal tahun atau ketika terdapat banyak kekosongan jawatan. Jawatan kontrak dan sambilan akan diiklankan dalam laman web JAIS.

Soalan 2
Apakah jenis-jenis jawatan yang sering ditawarkan? (kontrak / sambilan)
Jawapan : Jawatan yang ditawarkan adalah bersifat kontrak dan sambilan. Meliputi skim hal ehwal Islam, pendidikan, dan perkeranian antaranya:-

  1. Jawatan imam, bilal, siak, penyelaras masjid, penguatkuasa antara skim hal ehwal Islam.
  2. Jawatan guru DG 41 pendidikan Islam dan akademik di sekolah menengah tahfiz sains.
  3. Jawatan guru DGA29 pendidikan Islam ditawarkan kepada skim DB27 dan DB17 kontrak.
  4. Selain jawatan guru DG41 sukatan azhar, jawatan pendidikan lain memerlukan diploma pendidikan.
  5. Permohonan guru KAFA adalah melalui Pejabat Agama Islam Daerah dengan kelayakan SPM (lulus Bahasa Arab).
  6. Jawatan guru ganti guru bersalin boleh dipohon di sekolah.
  7. Jawatan pengasuh dan guru pra sekolah boleh dipohon melalui Pra Sekolah berhampiran.
  8. Jawatan sambilan dengan kelayakan SPM boleh dipohon dengan meninggalkan resume di PSM JAIS

Soalan 1
Bagaimanakah cara untuk melantik pegawai masjid dan jawatankuasa kariah?
Jawapan :

  1. Ahli kariah mengadakan mesyuarat agong pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Masjid
  2. Pejabat Agama Islam Daerah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah Peringkat Daerah (JKPD)
  3. Jabatan Agama Islam Selangor akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS untuk menyokong dan meluluskan pelantikan
  4. MAIS mengesahkan pelantikan melalui Mesyuarat MAIS

Soalan 2
Siapakah yang melantik pegawai masjid dan Jawatankuasa kariah?
Jawapan : Majlis Agama Islam Selangor

Soalan 3
Apakah kelayakan untuk menjadi pegawai masjid dan jawatankuasa kariah?
Jawapan : Mana-mana ahli kariah sesebuah masjid tersebut yang memenuhi syarat-syarat berikut :

  1. Berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 60 tahun
  2. Warganegara Malaysia dan tinggal tetap dalam kariah masjid tersebut
  3. Tidak menganggotai mana-mana jawatan dalam kariah masjid
  4. Boleh membaca, menulis dan mengira
  5. Jawatan Nazir : kelayakan minima adalah SPM atau Sijil Pelajaran Agama (SPA) dan keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai Diploma dan ke atas.
  6. Jawatan Setiusaha, keutamaan kepada calon yang berpengalaman dalam bidang kesetiausahaan
  7. Jawatan Bendahari keutamaan diberi kepada calon yang memiliki kemahiran dalam bidang pengurusan kewangan
  8. Jawatan Imam, Keutamaan diberi kepada calon yang memiliki SPA, mahir dalam bacaan Al-Quran dan Hal Ehwal Islam.
  9. Tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah
  10. Dan lazimnya melibatkan diri dalam aktiviti masjid, berakhlak, amanah dan sihat tubuh badan, berdaya kepimpinan dan bertoleransi.

Soalan 4
Berapa lamakah tempoh memegang jawatan?
Jawapan : 3 Tahun.

Soalan 1
Bagaimanakah untuk memohon menjadi guru takmir dan guru pengajian Al-Quran?
Jawapan : Pemohon boleh mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran.

Soalan 2
Apakah syarat kelayakan yang diperlukan?
Jawapan :

  1. Sijil Agama yang diiktiraf sekurang-kurangnya Rabi’ Thanawi atau yang setaraf
  2. Tauliah Mengajar daripada JAIS

Soalan 1
Siapa yang bertanggungjawab menyelenggarakan tanah perkuburan Islam?
Jawapan :

  1. Tanah perkuburan Islam ditadbir oleh JAIS dan diselenggara oleh kariah yang telah ditetapkan. Terdapat juga tanah perkuburan yang diselenggara oleh PBT.
  2. Bagi sebarang tanah perkuburan yang masih belum digunakan, Unit Pembangunan, JAIS bertanggungjawab bagi menyelia dan menyelenggara tapak tersebut sehingga ia digunakan.

Soalan 2
Siapakah yang menentukan tapak/tanah bagi sesuatu pembangunan sekolah/masjid/surau/tapak perkuburan di sesuatu kawasan?
Jawapan : Pelan Pembangunan bagi sesebuah kawasan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Namun, sebarang kelulusan dibuat selepas mengambil kira pengesahan daripada pihak JAIS.

Soalan 3
Siapakah yang layak mentadbir atau menandatangani perjanjian bagi tapak – tapak keagamaan seperti masjid, sra, surau,tanah perkuburan dan lain-lain tapak keagamaan ?
Jawapan : Hanya Pengarah JAIS sahaja yang sah menandatangani sebarang perjanjian dengan pihak- pihak lain bagi segala berkaitan tanah yang diwartakan di bawah JAIS. Pihak Jawatankuasa yang dilantik adalah TIDAK BERHAK dan TIDAK SAH menandatangani sebarang perjanjian.

Soalan 1
Bagaimana langkah dan panduan yang perlu diikuti oleh mana-mana organisasi / agensi / institusi / masjid / surau untuk menganjurkan program Kursus Pengurusan Jenazah dengan kerjasama Bahagian Dakwah?
Jawapan :

  1. Semua Pogram Kursus Pengurusan Jenazah adalah di bawah bidang kuasa Unit Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah. Sehubungan dengan itu, semua agensi yang berhasrat dan berminat untuk mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah secara kerjasama dengan pihak JAIS perlulah merujuk kepada Pegawai Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran.
  2. Jika dipersetujui, pada praktisnya pihak Pejabat Agama Islam Daerah akan menyediakan penceramah, fasilitator, modul dan sijil.

Soalan 2
Apakah syarat dan kriteria yang melayakkan saya untuk menjadi salah seorang Pembimbing Pengurusan Jenazah?
Jawapan :

Seorang Pembimbing Pengurusan Jenazah mestilah memenuhi syarat dan kriteria berikut:

  1. Beragama Islam
  2. Umur 25 tahun ke atas
  3. Mempunyai pengetahuan asas Ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
  4. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya membantu dalam menguruskan jenazah
  5. Mempunyai komunikasi yang baik dan berkesan
  6. Bersifat amanah, positif, bermotivasi dan berkeyakinan tinggi
  7. Bersedia berkhidmat tanpa mengira waktu
  8. Menghadiri Kursus Pembimbing Pengurusan Jenazah yang dianjurkan oleh Bahagian Dakwah
  9. Mendapat tauliah mengajar daripada Bahagian Dakwah JAIS