Bahagian Pengurusan Masjid ialah satu daripada bahagian di bawah Pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor Darul Ehsan. Pengurusan Masjid berkait rapat menguruskan keseluruhan masjid, surau dan membekal teks khutbah.

VISI

” Beriltizam Melestari Pengurusan Masjid Terbaik Sebagai Zon Aman, Pusat Tranformasi Dan Jantung Pembangunan Ummah “

MISI

” Meningkatkan Kompetensi Pengurusan Masjid Lebih Berkredibiliti, Krismatik, Profesional, Berintegriti, Dinamik, Energetik Dan Cakna “

Objektif

Fungsi Bahagian Pengurusan Masjid

Mengurus perlantikan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid seluruh Negeri Selangor

Menguruskan pelbagai permohonan yang berkaitan dengan masjid / surau

Menguruskan pembinaan dan pendaftaran masjid / surau seluruh Negeri Selangor

Menguruskan pentadbiran masjid / surau seluruh Negeri Selangor

Menguruskan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Panel Khutbah Negeri Selangor

Menguruskan pengeluaran khutbah Jumaat dan koleksi khutbah Negeri Selangor

Memproses / Melantik Pegawai Penyelaras Masjid Seluruh Negeri Selangor, serta menguruskan tuntutan kelas Takmir / kursus-kursus Guru- GuruTakmir dan Imam-Imam Masjid

Aktiviti