Tunggak 12, Formula 6M & 5E

TUNGGAK 12

1. Menghargai Masa
2. Ketekunan Membawa Kejayaan
3. Keseronokan Bekerja
4. Kemuliaan Kesederhanaan
5. Ketinggian Peribadi
6. Kekuatan Sifat Baik Hati
7. Pengaruh Teladan
8. Kewajipan Menjalankan Tugas
9. Kebijaksanaan Berhemat
10. Keutamaan Kesabaran
11. Peningkatan Bakat
12. Nikmat Mencipta



FORMULA 6M 


MUSYARATAH

# Dari kata dasar ‘syarat’ – iaitu syarat yang menjadi dasar di mana sesuatu formula atau penyelesaian itu didirikan, atau ringkasnya membuat pensyaratan.
# Musyaratah adalah suatu proses menetapkan serta mengiltizamkan diri dan organisasi terhadap syarat-syarat yang dituntut untuk mencapai sesuatu matlamat.


MURAQOBAH

# Dari kata dasar ‘ra-qa-ba’ – iaitu sifat mengawasi secara berterusan.
# Sifat sentiasa menyedari dan menginsafi diri dalam mengawasi tatacara atau kaedah pencapaian sesuatu matlamat individu ataupun sesebuah organisasi itu, senantiasa berada di landasan yang telah disyaratkan, dikenali sebagai Muraqobah.


MUHASABAH

# Dari kata dasar ‘ha-sa-ba’ – iaitu mengira.
# Muhasabah adalah satu usaha yang dilakukan oleh setiap individu untuk mengira atau menilai diri sendiri.


MU'AQOBAH

# Dari kata dasar ‘a-qo-ba’-iaitu mendidik jiwa supaya menjadi lembut dan mentaati Allah S.W.T.
# Mu’aqobah adalah satu sikap dan mentaliti yang sentiasa menyedarkan diri bahawa setiap perlakuan akan ada tindakbalas atau hasilnya, sama ada baik atau buruk (pahala atau dosa), mengikut ketentuan Allah S.W.T.


MUJAHADAH

# Dari kata dasar ‘ja-ha-da’ – iaitu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T. dan sunnah Rasulnya dalam setiap aspek kehidupan.
# Mujahadah adalah sikap dan mentaliti yang perlu disematkan dalam pemikiran dan amalan manusia agar sentiasa bersedia dan bersemangat tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab tanpa mementingkan diri sendiri.


MU'ATABAH

# Dari kata dasar 'a-ta-ba’ – iaitu tegas dan jelas dalam mencela sikap buruk yang ada pada individu dan organisasi.
# Mu’atabah merupakan satu proses penginsafan diri dan perlakuan manusia dan ia adalah peringkat yang lebih tinggi dari muhasabah.

 



FORMULA 5E

E1 = EDUCATED (terdidik) - Seluruh warga negara perkhidmatan awam perlu 'Educated' iaitu sentiasa mengemaskinikan diri masing-masing dengan ilmu dan pengetahuan yang terbaru dalam bidang masing-masing. Mereka perlu meluangkan masa membaca dan mendapatkan maklumat terbaru.

E2 = EFFICIENT (cekap) - Efisyen iaitu menghayati sepenuhnya konsep menghasilkan perkhidmatan yang memuaskan hati para pelanggan mereka dengan menggunakan dua pendekatan. Total kualiti menagement dan ISO 9002. Cara-cara bekerja dalam abad baru ini tidak seharusnya terkongkong pada cara-cara bekerja abad yang lepas. Sekarang semuanya berlaku atau bergerak dengan pantas.

E3 = EFFECTIVE (berkesan) - 'Effective' bermakna segala program-program yang dijana oleh perkhidmatan awam tepat pada sasarannya. Iaitu, jika kita meluluskan peruntukan, maka golongan yang sepatutnya menerima manfaat memang akan menerima manfaat yang maksimum. Jika kita buat peraturan, maka peraturan itu akan melindungi hak-hak mereka yang sepatutnya dilindungi dan peraturan ini dikuatkuasakan ke atas mereka yang menimbulkan masalah. Justeru, kita tidak mahu dikenali sebagai lebih indah khabar dari rupa. Yang akan disebut orang adalah pencapaian kita yang hakiki dan bukannya retorik kita yang bermusim.

E4 = E-GOVERNMENT (kerajaan elektronik) - 'Electronic Government' adalah wadah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam abad 21 dan merupakan anjakan paradigma atau 'paradigm shift' kepada perkhidmatan awam kerana ianya bertujuan mempercepatkan dan memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan dan juga urusan antara jabatan-jabatan/agensi kerajaan dan antara sektor awam dengan sektor swasta. Anggota perkhidmatan awam sering diperingatkan bahawa samada mereka suka atau tidak, mereka tidak boleh mengasingkan diri mereka daripada E-Govt. ini. Bahkan mereka sentiasa diseru iaitu selain daripada mesra rakyat, mereka perlu mesra IT.

E5 = ENVIROMENT - Setiap program dan aktiviti yang dilakukan hendaklah memberi keutamaan kepada penjagaan alam sekitar. Dalam usaha untuk maju, setiap perancangan hendaklah mengambil kira persekitaran yang mampan dan lestari. Tegasnya, setiap lapisan penjawat awam hendaklah merealisasikan konsep Maju Tapi Hijau. dengan demikian dalam melaksanakan pendekatan pentadbiran 4E, Komponen E yang kelima, iaitu Enviroment sentiasa terangkaum dalam merealisasikan keempat-empat E yang menjadi pegangan penjawat-penjawat awam Selangor.