SEMINAR PENDIDIKAN ABAD KE 21 TAHUN 2018

Rabu - 28 Mac 2018 - Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor telah menganjurkan Seminar Pendidikan Abad Ke-21 kepada hampir 700 para guru seluruh Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak SUK Selangor.

Antara perbentangan seminar tersebut adalah "Transformasi Pentadbir Menuju Kecemerlangan Pendidikan Abab 21" yang disampaikan oleh Y.Bhg Tn. Mohd Asri bin Mansur dan pembentang ke dua adalah Y.Bhg Pn. Zaharimah binti Subaini dengan tajuk "Transformasi Guru Dalam Merealisasikan Pembelajaran Abad 21".

Turut hadir ke seminar ini ialah Pengarah JAIS SS. Dato' Hj. Haris bin Kasim dan seminar ini dirasmikan oleh YB. Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Warisan.

Disediakan oleh: 

Seksyen Komunikasi Korporat
Unit Korporat
Jabatan Agama Islam Selangor