PROGRAM KHATAM AL-QURAN PERDANA TAHUN 6 SRA/SRAI/KAFAI NEGERI SELANGOR

8 November 2018 - Daerah Sepang telah dipilih sebagai tuan rumah Majlis Khatam Al-Quran Perdana bagi tahun 1440H/2018 dan program telah diadakan di Majid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi. Program ini turut diadakan di semua daerah secara serentak di SRA, SRAI dan KAFAI Negeri Selangor. Menurut Pn. Hjh Azlinah Paiman selaku Pengarah Program, program yang diadakan merupakan program tahunan yang diurusetiakan oleh Unit Kurikulum, Sektor Pengurusan Akademik BPI JAIS dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam Pejabat Agama Islam Daerah Sepang dan ianya adalah program kali ke 4 semenjak tahun 2015.

Program ini melibatkan murid-murid tahun 6 di SRA, SRAI dan KAFA Integrasi Negeri Selangor bersempena khatam Sukatan Pelajaran Tilawah Al Quran dan juga antara pengisian program 'Quranic Generation Development Program (QGDP)'. Majlis yang dimulakan dari jam 11.30 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang dirasmikan oleh Sahibus Saadah Dato' Haris Bin Kasim, Pengarah JAIS. Taddabur Al-Quran yang berkisar tentang ayat 1 hingga 5 surah Al-A'laq  disampaikan oleh Pengurus Masjid Cyber 10, Cyberjaya.. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada setiap peserta dari 9 daerah yang menjayakan program tersebut.

PROGRAM KHATAM AL-QURAN
PROGRAM KHATAM AL-QURAN
PROGRAM KHATAM AL-QURAN
PROGRAM KHATAM AL-QURAN
Disediakan oleh: 

Bahagian Pendidikan Islam
Jabatan Agama Islam Selangor