Pengenalan
Bahagian Pengurusan Masjid ialah satu daripada bahagian di bawah Pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor Darul Ehsan. Pengurusan Masjid berkait rapat menguruskan keseluruhan masjid, surau dan membekal teks khutbah.
Visi
" Beriltizam Melestari Pengurusan Masjid Terbaik Sebagai Zon Aman, Pusat Tranformasi Dan Jantung Pembangunan Ummah "
Misi
" Meningkatkan Kompetensi Pengurusan Masjid Lebih Berkredibiliti, Karismatik, Profesional, Berintegriti, Dinamik, Energetik Dan Cakna Ummah "
Objektif
- Menjadikan Masjid Zon aman, Bebeas Politik, Kondusif Dan Mesra Jemaah.
- Meningkatkan kualiti dan profesionalisme pengurusan masjid sentiasa efektif, efisyen, dinamik dan produktif.
- Memantap dan mengemaskini kaedah, peraturan, garis panduan dan tatacara sebagai rujukan utama pengurusan masjid.
- Meningkatkan pengimarahan masjid melalui penganjuran program yang bersifat kontemporari, holistik dan interaktif.
Aktiviti
- Program Team Building dan Jati diri kepada Pegawai dan Kakitangan Bahagian.
- Bengkel Pembangunan Aplikasi Pemantauan Khutbah Online
- Bengkel Penyelarasan Pengkemaskinian Persempadanan Kariah Sekali Setahun Setelah Menerima Deraf Cadangan Persempadanan Setiap Daerah.
- Bengkel Penggubalan dan Pengemaskinian Peraturan/ Garis Panduan/ Tatacarayang berkaitan dengan Pengurusan Masjid dan Surau Negeri Selangor.
- Bengkel Pengemaskinian Maklumat Masjid dan Surau Negeri Selangor dalam sistem e-masjid.
- Program Mesra Masjid Peringkat Daerah
- Program Mesra Masjid Peringkat Negeri
- Program Konvensyen Nazir Masjid dan Pengerusi Surau Negeri Selangor
- Konvensyen Melestarikan Pengurusan Kewangan Masjid Dan Surau Negeri Selangor
- Program Multaqa Pegawai dan Jawatankuasa Surau Peringkat Daerah.
- Program Turun Padang Dalam Program 3K
- Mengadakan bengkel Kajian Analisa Penarafan Masjid.
- Pelaksanaan program Karnival Sukan Masjid peringkat masjid.
- Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Dan Pelaksanaan Takmir
- Program Kelas Pengajian Takmir Masjid di masjid- masjid terpilih setiap daerah.
- Program Pengajian Kitab Mestika Hadis di masjid- masjid terpilih setiap daerah.
- Program Kelas Pengajian Takmir Surau di surau- surau terpilih setiap daerah.
- Program Tafaqquh Fiddin Guru-Guru Takmir mengikut modul/tajuk pengkhususan bidang Guru Takmir.
- Program Multaqa Imam, AJK Masjid Kariah, Guru KAFA dan Guru Takmir Peringkat Negeri
- Bengkel Peraturan Pengurusan Pejabat untuk memberi maklumat asas Pengurusan Pejabat kepada semua pegawai dan kakitangan Masjid.
- Bengkel Latihan Penulisan Khutbah dan mengenalpasti individu yang selayaknya sesuai menjadi peserta bengkel tersebut.
- Perjumpaan Bersama Pengarah JAIS dan Guru-Guru Takmir Setiap Tahun.
- Bengkel Strategik Perancangan Khutbah 2018
- Kursus Pemahaman Perintah-perintah AM
- Bengkel Lanjutan Pengkaedahan Jawi kepada kakitangan dan penulis-penulis khutbah
- Bengkel Penyemakan Penerbitan Koleksi Khutbah 2017
- Pertandingan Penulisan Khutbah secara berkala untuk menarik minat para penulis.
- Bengkel Pemarkahan Pertandingan Penulisan khutbah Negeri Selangor.
- Bengkel Pemantapan Khutbah Multimedia
- Bengkel Pengkemaskinian Pangkalan Data Tanah Perkuburan Islam Negeri Selangor
- Bengkel Pembinaan Pangkalan Data Tanah Perkuburan Islam Negeri Selangor
- Seminar Pengurusan Perkuburan Islam Negeri Selangor
Fungsi Bahagian Pengurusan Masjid
- Mengurus perlantikan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid seluruh Negeri Selangor
- Menguruskan pelbagai permohonan yang berkaitan dengan masjid / surau
- Menguruskan pembinaan dan pendaftaran masjid / surau seluruh Negeri Selangor
- Menguruskan pentadbiran masjid / surau seluruh Negeri Selangor
- Menguruskan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Panel Khutbah Negeri Selangor 6. Menguruskan pengeluaran khutbah Jumaat dan koleksi khutbah Negeri Selangor
- Memproses / Melantik Pegawai Penyelaras Masjid Seluruh Negeri Selangor, serta menguruskan tuntutan kelas Takmir / kursus-kursus Guru- GuruTakmir dan Imam-Imam Masjid