Penguatkuasaan

PENGENALAN

Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan,Jabatan Agama Islam Selangor adalah salah satu daripada 13 bahagian yang diwujudkan sebagai kuasa eksekutif bagi menjalan dan menggerakkan aktiviti Jabatan Agama Islam Selangor.

Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan ditugaskan sebagai sayap yang memastikan tugas-tugas mencegah kemungkaran dan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan dengan berhemah, berhikmah, cekap, berani dan telus.

Bahagian ini telah melalui perkembangan yang pesat dari segi fungsi, keanggotaan, peralatan dan cara bekerja secara berperingkat-peringkat sejak tahun 1995.

Sehingga kini Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor dianggotai oleh 115 orang anggota pelbagai kategori. Ini adalah jumlah anggota penguatkuasa agama teramai jika dibandingkan dengan anggota-anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri-negeri lain di Malaysia.

Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah yang beribu pejabat di Tingkat 4, Menara Utara Bangunan Sultan Idris Shah, No.2 Persiaran Masjid Bukit SUK Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan yang menguruskan hal ehwal pentadbiran, kakitangan dan siasatan serta keperluan logistik bahagian seluruh Negeri Selangor.

Bahagian ini telah mewujudkan Bilik Gerakan 24 (Hotline) jam yang beroperasi di Tingkat Bawah, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor. Bahagian ini mempunyai 8 cawangan yang ditempatkan di setiap 8 daerah di seluruh Negeri Selangor bagi melaksanakan dasar-dasar & prinsip-prinsip yang sama dalam melaksanakan tugas.

Paradigma baru Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan adalah cuba melihat bahawa penguatkuasaan undang-undang adalah sebahagian daripada tugas-tugas pencegahan.

Bahagian ini juga merupakan satu-satunya di Malaysia yang menubuhkan pasukan khas bagi menangani isu-isu umat Islam di Negeri Selangor dalam berbagai-bagai aspek yang terkeluar daripada penyelesaian undang-undang yang dinamakan Unit Tindakan Khas (UTK).

Rentetan itu, pelbagai langkah melalui konsep pencegahan dilaksanakan dalam menjalankan tugas agar penampilan dan kehadiran Pegawai Penguatkuasaan Agama JAIS, sentiasa dirasai ditengah-tengah masyarakat, antaranya mewajibkan pakaian seragam, memasang “Strike”, “Light Bar” dan “PA sistem” di kesemua kenderaan bahagian.

Bahagian ini adalah satu-satunya juga bahagian yang mewujudkan Bilik Gerakan 24 jam ( Hotline ). Sistem pengoperasiannya telah ditetapkan dengan dikendalikan oleh enam (6) orang yang dilantik khas bagi mengendalikan sistem maklumat sehenti (one stop centre) diperingkat Negeri Selangor. Mereka akan berhubung melalui talian telifon khas iaitu 03 55190398, 03 55190930 dan alat perhubungan “walkie Talkie” antara bilik gerakan dan Kumpulan Operasi / Kumpulan Pencegahan. Kumpulan ini dianggotai oleh 24 orang anggota yang bekerja secara waktu anjal. 

Sehingga kini, Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS menjadi penanda aras kepada negeri-negeri lain untuk mempertingkatkan kecekapan dan keupayaan dalam berbagai aspek. 

Tingkat 4, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40676 Shah Alam, Selangor.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memastikan nombor rujukan maklumat awam kepada pemberi maklumat serta merta selepas satu maklumat diperakukan & disahkan.
  2. Menyelesaikan perihal jaminan dalam masa 30 minit selepas penjamin mengesahkan tentang kesanggupannya bagi menjadi seorang penjamin.
  3. Melengkapkan fail siasatan dalam tempoh 60 hari selepas pegawai penyiasat menerima arahan tentang suatu fail siasatan perlu dibuka.
  4. Melengkapkan semula kertas yang dikembalikan oleh Ketua Pendakwa Syar'ie dalam tempoh tidak melebihi 20 hari bekerja selepas arahan diterima.
  5. Memberi maklum balas terhadap permohon laporan tangkapan dalam tempoh 7 hari bekerja.
  6. Melaksanakan tindakan siasatan terhadap maklumat berstatus "FFA- Tindakan Penguatkuasaan" dalm tempoh tidak memlebihi 48 jam selepas arahan menyiasat fakta-fakta & hal keadaan dikeluarkan.

VISI

Melahirkan masyarakat Islam yang bertakwa, progresif, responsif & dinamik melalui tugas-tugas mencegah kemungkaran.

MISI

Membina & melahirkan satu pasukan penguatkuasaan yang beridentiti, berani, cekap, berwibawa, berdisiplin tinggi & bersabar dalam melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan.

OBJEKTIF

Memacu agenda mencegah kemungkaran melalui pengurusan penguatkuasaan yang mendaulatkan prinsip "haq/batil" dalam perkara berhubung dengan akidah, syariah & akhlak secara berintegriti, professional & efisien.

OBJEKTIF KUALITI

  1. Memastikan aduan/maklumat yang lengkap & wajar untuk diambil tindakan dapat dimaklumkan kepada Ketua Kumpulan Pencegah dalam tempoh tidak melebihi 24 jam selepas menerima Arahan Tindakan.
  2. Memastikan Ketua Kumpulan Pencegahan melaksanakan tindakan siasatan dalam tempoh tidak melebihi 48 jam (FFA).
  3. Memastikan fail siasatan OYDS di hantar ke Bahagian Pendakwaan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh siasatan mula dilakukan.