Pendakwaan

 

Visi

Memperkasakan bahagian Pendakwaan Syariah dan Undang-undang secara Profesional, Efisyen serta Berintegriti.

 



Misi

Melaksanakan Pendakwaan kes-kes Jenayah Syariah secara Profesional, Adil, Berhikmah serta Efisyen berlandaskan Hukum Syara' dan Undang-undang demi mencapai keredhaan Allah.

 



Objektif

 

  1. Menjalankan prosiding pendakwaan bagi kes jenayah syariah dengan telus dan berintegriti.
  2. Mempertingkatkan sistem pengurusan kertas siasatan jenayah ke arah penggunaan teknologi maklumat secara sistematik dan efisyen.
  3. Memastikan kertas siasatan yang diterima daripada Penguatkuasa Agama adalah lengkap dan teratur sebelum tindakan pendakwaan dilaksanakan.
  4. Memastikan kertas siasatan yang disemak oleh Ketua Pendakwa Syarie dan Pendakwa Syarie adalah lengkap dan mematuhi kehendak undang-undang.
  5. Memastikan pendaftaran kes dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan selepas mendapat arahan Ketua Pendakwaan Syarie.
  6. Merancang dan melaksanakan latihan kepada Pegawai Pendakwa Syarie ke arah meningkatkan kualiti dan profesionalisme pendakwaan di Mahkamah Syariah.