MAJLIS SERAHAN PERDANA AGIHAN LEMBU KORBAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 1439H / 2018M

5 Ogos 2018 – Menjelang Hari Raya Korban pada tahun ini Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan lembu korban di Majlis Serahan Perdana Agihan Lembu Korban Peringkat Negeri Selangor Tahun 1439H/ 2018M bertempat di Dewan Raja Muda Musa Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7 Shah Alam.

            Majlis telah berlangsung seawal jam 10.00 pagi dengan taklimat penerima lembu korban 2018 dari Ustaz Mohd Jaafarudin Md Ali  dan ucapan aluan oleh YB. Tuan IR. Izham bin Hashim EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani. Seterusnya di rasmikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor disertakan dengan penyampaian simbolik serahan lembu korban 2018 kepada wakil Masjid/Surau, EXCO, Ahli Dewan Negeri, Anak Syarikat Negeri Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah, Parlimen dan wakil-wakil NGO dengan jumlah keseluruhan sebanyak (RM 6.3 JUTA) 3000 ekor lembu.

Sekian, terima kasih.

5.8.2018 MAJLIS PENYERAHAN LEMBU KORBAN 2018

Disediakan oleh: 

Seksyen Komunikasi Korporat
Unit Korporat
Jabatan Agama Islam Selangor