MAJLIS RAMAH MESRA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2018

Kajang, 4 Mac 2018 - Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama beberapa NGO-i Khususnya Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) telah menganjurkan Program Ramah Mesra Sambutan Tahun Baru Cina Tahun 2018 dengan bertemakan "MENUJU KE ARAH KOMUNITI HARMONI" di Surau Saujana Impian, Kajang.

Antara pengisian program adalah persembahan gendang cina, persembahan yoyo cina, persembahan orkestra, pertandingan kaligrafi cina, pameran kaunter dan lain-lain aktiviti.

Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah JAIS, SS. Dato' Hj. Haris bin Kasim dan majlis ini dirasmikan oleh Orang Besar Daerah Hulu Langat, YDH Dato' Orang Kaya To' Engku Maha Bijaya Hulu Langat, To' Engku Abdul Jalil bin Abdul Rani.

Disediakan oleh: 

Seksyen Komunikasi Korporat,
Unit Korporat,
Jabatan Agama Islam Selangor.