Khidmat Pengurusan

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN JAIS

Bahagian Pengurusan berfungsi untuk memberi perkhidmatan sokongan dengan cekap dan berkesan meliputi Unit Pentadbiran, Unit Pengurusan Sumber Manusia, Unit Kewangan, Unit Pembangunan, Unit Teknologi Maklumat , Unit Perhubungan Awam, Unit Perayaan Rasmi dan Unit Kualiti dengan peranan dan fungsi tersendiri.

 


 

Objektif     

  1. Memberi perkhidmatan kepada semua warga JAIS secara efektif dan efisyen.
  2. Mewujudkan serta melaksanakan sistem pentadbiran yang cekap dan berkualiti.     
  3. Mewujudkan satu pengurusan Kewangan yang berkesan dan bersistematik dengan mematuhi Arahan Perbendaharaan dan peraturan-peraturan kewangan.     
  4. Merancang program dan aktiviti berteraskan kepada kerajaan Elektronik.     
  5. Merancang dan menyediakan kemudahan fizikal, tempat beribadat orang Islam, Sekolah Agama dan Pejabat Agama mengikut keperluan terkini.     
  6. Merancang dan melaksanakan keperluan lantikan kepada semua warga JAIS dalam meningkatkan profesionalisma.
  7. Mengambil berat hal-hal kebajikan warga JAIS.

 


 

Fungsi dan Peranan Unit-Unit


     1. Unit Pentadbiran

  • Merancang, mengurus dan memantau pengurusan pentadbiran JAIS dan pelaksanaan aktiviti MS ISO 9001 : 2000.
  • Bertanggungjawab dalam perancangan penambahbaikan pentadbiran organisasi


      
     2. Unit Pengurusan Sumber Manusia

  • Mengurus segala urusan berhubung perkhidmatan, perjawatan JAIS, latihan kepada semua pegawai JAIS dan tatatertib serta rekod prestasi


      
     3. Unit Kewangan

  • Mengurus permohonan perolehan daripada ketua-ketua bahagian
  • Mengurus pembayaran gaji pegawai dan kakitangan tetap, kontrak dan sambilan
  • Mengawal peruntukan belanja mengurus
  • Mengurus pembayaran bagi semua jenis perbelanjaan termasuk tuntutan elaun-elaun
  • Menguruskan proses tender dan sebutharga
  • Mengurus rekod harta modal, inventori dan bekalan pejabat kewangan yang berkaitan

      


     4. Unit Pembangunan

  • Merancang & melaksanakan projek pembangunan jabatan
  • Menyediakan anggaran belanja pembangunan dalam masa 5 thn.

      


     5. Unit Majlis & Keraian

  • Merancang, mengurus dan menyelaras pelaksanaan Program Majlis Rasmi Jabatan dan Hari Kebesaran Islam serta Perasmian Institusi-institusi Agama Islam di Negeri Selangor.


     6. Unit Teknologi Maklumat (IT)

  • Melaksanakan program dan aktiviti yang selaras dengan wawasan Negara ke arah Kerajaan Elektronik
  • Membangunkan aplikasi dan sistem yang berkaitan dengan pengurusan perkhidmatan di dalam pemodenisasi pengurusan JAIS
  • Menyediakan prasarana dan infrastruktur Teknologi Maklumat di setiap bahagian JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah
  • Memberi perkhidmatan sokongan yang berkaitan dengan teknologi maklumat kepada semua bahagian JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah

     7. Unit Komunikasi Korporat

  • Memastikan urusan Aduan Pelanggan Jabatan diuruskan dengan baik dan berkesan.
  • Memastikan maklumat jabatan disampaikan dan disebarkan kepada pihak tertentu dengan telus.
  • Memastikan penerbitan jabatan yang diterbitkan dapat memberi informasi kepada masyarakat.