Dakwah

 

Visi
" Beriltizam Menerajui Gerak Kerja Dakwah Terunggul Dalam Memartabatkan Islam & Melestarikan Ummah "

 


 

Misi
" Menjana Kredibiliti & Kecemerlangan Dakwah Secara Efektif, Energetik, Hikmah, Holistik & Profesional."

 


 

Objektif

 

  1. Melaksanakan Tuntutan Dakwah Dengan Penuh Iltizam Kepada Masyarakat Melalui Pelbagai Methodologi.
  2. Mempelbagaikan Pendekatan, Strategi & Kemahiran Berdakwah Di Kalangan Pendakwah.
  3. Memantapkan & Memperkukuhkan Akidah, Syariah & Akhlak Umat Islam.
  4. Melaksanakan Dakwah Kontemporari Yang Bersinergi Bersama Agensi Pelaksanaan Dakwah.

 

Fungsi-Fungsi Unit

1.    UNIT UKHWAH

  • Merancang aktiviti penyebaran kefahaman Islam kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.
  • Merancang pertemuan dengan wakil NGO's untuk melaksanakan aktiviti dakwah secara bersama.
  • Menyusun kelas kefahaman Islam kepada kumpulan sasaran.
  • Menyusun forum/seminar/bengkel dan konvensyen.
  • Menganjurkan program ziarah ke rumah orang tua/hospital/rumah perlindungan /pusat serenti/penjara.
  • Mengadakan perbincangan dengan badan NGO'S dalam menangani isu sensitive mengenai Islam.
  • Mengadakan kerjasama dengan semua Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Mufti dalam mengendalikan sebarang isu yang mencetuskan polemik/isu semasa.
  • Merancang program yang berkaitan dengan penerbitan, penulisan dan pengumpulan sebaran maklumat am di media cetak dan internet.
  • Mengurus program dakwah berbentuk wawancara, siaraya dan temubual/ dialog dimedia elektronik.


2.    UNIT PENERANGAN &PENERBITAN

  • Merangka dan menyusun program-program peningkatan syiar Islam.
  • Menyusun program penerangan berasaskan isu semasa yang mencemarkan Islam.
  • Menyediakan bahan penerbitan berunsur Islam dan motivasi dalam bahasa utama seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin.
  • Menerbitkan buletin dakwah dan majalah berkala untuk semua lapisan masyarakat.
  • Mengadakan usaha terjemahan buku/risalah ke dalam bahasa lain atau dari bahasa lain ke Bahasa Malaysia.
  • Mengadakan usaha sama penerbitan yang difikirkan sesuai.


3.   UNIT DAKWAH & TARBIAH

  • Merancang dan memantau Program Dakwah di Ibu Pejabat dan Daerah.
  • Menyusun program dakwah belia/ remaja/wanita dan orang kurang upaya.
  • Menyusun program dakwah khas untuk Pegawai/kakitangan.
  • Menyusun program dakwah untuk warga industri. 
  • Kursus Pengurusan Jenazah.
  • Menguruskan permohonan penceramah.
  • Menguruskan permohonan tauliah mengajar/berceramah di Selangor.
  • Menguruskan pengeluaran kad tauliah mengajar/berceramah.
  • Menguruskan kebenaran sokongan visa belajar/mengajar.


4.   UNIT PENTADBIRAN

  • Menerima dan merekod surat dari dalam dan luar.
  • Mengurus fail terbuka dan sulit.
  • Mengurus aduan pelanggan.
  • Mengurus rekod cuti pegawai/kakitangan.
  • Mengurus rekod harta modal/ inventori/peralatan pejabat dan pengedaran risalah.
  • Menyediakan peralatan siaraya bagi program keagamaan dan majlis-majlis rasmi kerajaan.
  • Menghantar laporan program Dakwah ke Unit ICT untuk disiar di laman web JAIS.
  • Menyediakan anggaran bajet tahunan bagi aktiviti semua unit.
  • Memantau peruntukan kewangan Bahagian Dakwah dan Daerah.
  • Menguruskan permohonan perolehan Bahagian.
  • Menguruskan permohonan tuntutan elaun mengajar Kelas Dewasa Al-Quran dan Isbat Hafaz Al-Quran.
  • Menjadi urus setia Mesyuarat Jabatan/urus setia program Bahagian Dakwah dan Jabatan.