VISI

MEREALISASI 
“KHAIRA AL-UMMAH”

MISI

BERSAMA MENDOMINASI KEBENARAN DAN KEBAIKAN ISLAM

MOTO

“CEKAP, CEPAT & BERKUALITI”

FALSAFAH

MENCETUS DAN MEMBERI KELANGSUNGAN DALAM MEMAKNAKAN “MAKSUD” DAN “KEHENDAK” KEHIDUPAN MENGIKUT SYARIAT ADALAH SUATU UPAYA MENGAKTIFKAN GELOMBANG PERUBAHAN KE ARAH KECEMERLANGAN UMMAH

MATLAMAT

Melahirkan Masyarakat Islam yang Berilmu Pengetahuan, Bertaqwa, Hormat Menghormati,Bersangka Baik, Bersatu Hati, Menyayangi dan Menyelamatkan melalui Transformasi Peranan dan Fungsi Jabatan Agama Islam Selangor sebagai Agensi Tunggal yang Bertanggungjawab Mengurus Hal Ehwal Islam di Negeri Selangor. 

OBJEKTIF

  • Menyediakan prasarana institusi Islam dan sistem penyampaian perkhidmatan yang terbaik, cekap dan berkesan.
  • Memberikan pendidikan agama yang kukuh kepada umat Islam di Negeri Selangor.
  • Merancang, melaksana dan memantau program dakwah kepada semua lapisan masyarakat.
  • Merancang, melaksana dan memantau Program Pembangunan Keluarga Islam.
  • Menguatkuasakan Undang-undang Hal Ehwal Islam yang sedia ada dan terpakai.
  • Meneruskan keunggulan institusi masjid ke arah perpaduan dan pembangunan ummah.
  • Memperkukuhkan dan mempertahankan aqidah dan syariah ummah melalui penyelidikan, pemantauan dan penguatkuasaan.
  • Merancang dan melaksanakan latihan ke arah meningkatkan kualiti pengurusan Hal Ehwal Islam.
  • Memastikan sistem penyampaian Pengurusan Hal Ehwal Islam di peringkat daerah berjalan dengan cekap dan berkesan.