PIAGAM PELANGGAN

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

  1. Mengeluarkan keputusan temuduga bagi pengambilan kakitangan kontrak dan memaklumkan kepada calon-calon yang berjaya dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh temuduga.
  2. Memastikan aduan kerosakan bangunan di bawah kawalan JAIS diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh aduan lengkap diterima.
  3. Memastikan semua urusan pembayaran kepada pembekal / kontraktor diselesaikan dalam tempoh (14) hari dari tarikh invois dan semua dokumen lengkap diterima.
  4. Memastikan maklumat dalam portal jabatan dikemaskini sekurang-kurangnya satu (1) kali dalam tempoh sebulan.

UNIT PEMBANGUNAN

  1. Mengeluarkan keputusan bagi permohonan penyewaan tanah di bawah kawalan JAIS dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

  1. Memberikan maklumbalas kepada aduan-aduan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas aduan lengkap diterima.

BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KELUARGA

  1. Siasatan pernikahan luar negara/ berlawanan enakmen/ kesalahan mal diproses dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan.
  2. Mengurus pelantikan Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas borang permohonan lengkap diterima.
  3. Panggilan untuk hadir sesi runding cara dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan didaftarkan.
  4. Kad Nikah Pintar disiapkan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
  5. Sokongan kebenaran berkahwin bagi anak raja/kerabat perempuan dengan orang kebanyakan dalam tempoh 1 hari bekerja.
  6. Pengesahan mahram bagi urusan haji dan umrah dalam tempoh 1 hari bekerja.

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM

  1. Mengeluarkan surat sokongan permohonan visa pelajar kepada pemohon yang layak dalam tempoh satu (1) hari.
  2. Memastikan keputusan permohonan pertukaran murid SRAI dan SAM/SAMT dimaklumkan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas mesyuarat bersidang (mesyuaratdua (2) kali setahun (Jun danDisember).
  3. Mengeluarkan keputusan semakan semula kertas jawapan PSRA dalam tempoh 14 hari selepas menerima permohonan yang lengkap.
  4. Memastikan surat tawaran ke tingkatan satu (1) SAM dikeluarkan tiga puluh (30) hari selepas keputusan PSRA diumumkan.
  5. Memastikan keputusan PSRA dan SMA/SAMTQ diisytiharkan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh akhir peperiksaan.

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

  1. Memberikan nombor rujukan maklumat awam kepada pemberi maklumat serta merta selepas satu maklumat diperakukan dan disahkan.
  2. Mengambil rakaman dalam percakapan saksi dalam tempoh tidak lebih 45 minit selepas semua butiran saksi diperolehi oleh pegawai perakam.
  3. Menyelesaikan perihal jaminan dalam masa 30 minit selepas penjamin mengesahkan tentang kesanggupannya bagi menjadi seorang penjamin.
  4. Melengkapkan fail siasatan dalam tempoh 60 hari selepas pegawai penyiasat menerima arahan tentang suatu fail siasatan perlu dibuka.
  5. Melengkapkan semula kertas yang dikembalikan oleh Ketua Pendakwa Syar’ie dalam tempoh tidak melebihi 20 hari bekerja selepas arahan diterima.
  6. Memberi maklumbalas terhadap permohonan laporan tangkapan dalam tempoh  7 hari bekerja.
  7. Melaksanakan tindakan sisatan terhadap maklumat berstatus “FFA – Tindakan Penguatkuasaan” dalam tempoh tidak melebihi 48 jam selepas arahan menyiasat fakta-fakta dan hal keadaan dikeluarkan.

BAHAGIAN PENDAKWAAN

  1. Membuat kajian dan penilaian ke atas kertas siasatan yang lengkap dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan fail.
  2. Mendaftarkan kes-kes di Mahkamah yang berbidang kuasa dalam tempoh 14 hari selepas mendapat kelulusan Ketua Pendakawa Syarie.
  3. Mengembalikan fail siasatan kepada Pegawai Penyiasat bagi tujuan siasatan semula dalam tempoh 10 hari selepas mendapat kelulusan Ketua Pendakwa Syarie
  4. Mengambil tindakan ke atas aduan perundangan atau khidmat nasihat perundangan dalam tempoh 14 hari.

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID

  1. Memastikan Teks Khutbah Jumaat dan Dua (2) Hari Raya siap disediakan dan diedarkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja sebelum pembacaan khutbah.
  2. Surat kelulusan permohonan pembinaan masjid dan surau, permohonan kebenaran solat jumaat (sementara) dan permohonan naik taraf surau ke masjid dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh mesyuarat jawatankuasa kariah MAIS.
  3. Pembayaran elaun guru takmir dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja selepas menerima borang tuntutan daripada pemohon.
  4. Pendaftaran surau baru didaftarkan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap yang diterima.

BAHAGIAN DAKWAH

  1. Mengeluarkan notis menghadiri temuduga tauliah mengajar / berceramah empat belas (14) hari bekerja.
  2. Maklumbalas permohonan isbat hafazan  dijawab dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.

BAHAGIAN PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN

  1. Membuat kajian dan menyediakan Laporan Hasil Kajian dalam tempoh Sembilan puluh (90) hari dari tarikh arahan diterima.
  2. Membuat semakan dan menyediakan laporan bahan penerbitan berunsur Islam dan meragukan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh arahan diterima.

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL

  1. Memproses permohonan Sijil Pengesahan Halal (SPH) dalam tempoh Sembilan puluh (90) hari dari tarikh fi diterima.
  2. Menguruskan permohonan tauliah sembelihan halal komersial dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh hadir kursus.

INSTITUT LATIHAN & DAKWAH SELANGOR

  1. Memastikan keperluan asas latihan kepada peserta kursus disediakan pada hari pendaftaran peserta kursus.
  2. Berusaha memastikan peserta mendapat layanan yang selesa sepanjang berkursus di ILDAS
  3. Maklumbalas permohonan kemudahan ILDAS akan diputuskan dalam masa tujuh (7) hari waktu bekerja.

MASJID NEGERI

  1. Memastikan kemudahan luar dan dalam masjid negeri dalam keadaan baik.
  2. Memastikan kehadiran Imam, Bilal dan Noja 30 minit awal sebelum masuk waktu solat.
  3. Melaksanakan program kuliah maghrib enam kali seminggu.
  4. Melaksanakan program Forum Perdana sebulan sekali.
  5. Menyediakan perkhidmatan pemandu pelancong /pelawat di masjid setiap kali diperlukan.
  6. Memproses permohonan penggunaan kemudahan masjid dalam tempoh 14 hari.

 

PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN

Muatturun Pencapaian Piagam Pelanggan 2015