Pengurusan Halal

 

Pengenalan

1990 – Pengurusan Jawatankuasa Kecil Mengkaji Bahan Makanan Dan Penggunaan Orang-Orang Islam yang diurusetiakan oleh Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor

2002  - Penubuhan Unit Halal dibawah Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor

2007 – Pengisian Perjawatan Kontrak Pegawai Teknologi Makanan untuk memperkasakan  Unit Halal

2011 – Transformasi Unit Halal kepada isu serta tugasan baru menjelang transformasi pensijilan halal diseluruh negara. Antaranya perlaksanaan Akta Perihal Dagangan 2011

2012 – Program Pensijilan Halal Bersama antara JAKIM-MAIN/JAIN

2015 – Pengwujudan Bahagian Pengurusan Halal dan pengasingan secara rasmi dari Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan pada 1 Ogos 2015


 

Visi
" Bertekad penuh komited kearah Halal Global "

 


 

Misi
" Menjadikan Bahagian yang memartabatkan Hal ehwal Pengurusan Halal yang berkualiti" 

 


 

Objektif
 Memastikan Pensijilan Halal dapat dilaksanakan dengan teratur sejajar dengan peraturan skim-skim yang sedang berkuatkuasa pada masa ini.

 


 

Fungsi Utama

  1. Mengurus Hal ehwal Pengurusan Halal dalam Negeri Selangor
  2. Mengurus proses pengeluaran dan pematuhan kelulusan Pensijilan dan Pengesahan Halal
  3. Mengurus Program Latihan dan Pembangunan untuk kakitangan dan pelanggan bahagian Pengurusan Halal
  4. Mengurus proses pengeluaran dan pemantauan pemegang kad tauliah sembelihan
  5. Mengurus pengauditan dan pemantauan Pensijilan Halal
  6. Melaksanakan kursus penyembelihan