Pendidikan Islam

Pendidikan Islam

Bahagian Pendidikan Islam merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam mengurus pendidikan Islam di negeri Selangor seperti yang diperuntukkan kuasa oleh pihak Berkuasa Negeri dan Bahagian 10 Seksyen 120 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 serta Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Islam 1988 (Enakmen No. 2/1988).

Bahagian ini dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pelajaran Ugama Islam yang diketuai oleh Setiausaha Pelajaran pada awal kewujudan Jabatan Hal Elwal Islam Selangor (1945-1970), kemudian dinamakan Unit Pelajaran diketuai Penolong Pengarah (1970-1990) dan dijenamakan semula pada tahun 1990 dengan nama Bahagian Pendidikan dan Pelajaran diketuai oleh Timbalan Pengarah sehingga tahun 2001. Pada tahun 2001 bahagian ini dinamakan dengan nama Bahagian Pendidikan Islam dan selaras dengan penstrukturan JAIS, bahagian ini diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah dari tahun 2007 hingga kini. Selepas merdeka , bahagian ini telah diketuai oleh enam orang ketua iaitu;

1945 – YM Tengku Ibrahim Shah Al Haj

1970 – Dato’ Haji Mahmad Mahtar bin Haji Mahmad Salleh

1985 – Haji Paidi bin Keromo

1990 – Dato’ Haji Mohd Adenan bin Isman

2002 – Haji Sholehuddin bin Kayat

2005 – Haji Sianid bin Mokim

2006 – Haji Mohamad Amir bin Haji Danuri

Sumber : Seksyen Kualiti dan Penyelidikan BPI

Visi

Terbaik, Bertaraf  Dunia dan Diredhai Allah S.W.T. Sepanjang Masa

Misi

Mengurus Hal Ehwal Pendidikan Islam Dengan Ikhlas, Amanah, Hikmah, Ukhuwwah dan Berkesan

Objektif

  • Menambah nilai kepada kurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah JAIS
  • Menambah nilai kepada pelaksanaan pentaksiran  pelajar-pelajar JAIS
  • Memperkasa program kurikulum
  • Menambah nilai kualiti kepada pengurusan pendidikan JAIS
  • Menyediakan peluang belajar pendidikan berteraskan Islam
  • Melahirkan guru-guru murobbi
  • Menambah sekolah dan menaiktaraf sekolah