Arkib

Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Anjur Voice Of Dakwah 2.0

24 Ogos 2019 (Sabtu) – Pejabat Agama Islam Daerah Gombak menganjurkan Program Voice Of Dakwah 2.0 dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Gombak pada 24 Ogos lepas.

Hazman bin Che Mohamed, Pegawai Tadbir Agama Pejabat Agama Islam Daerah Gombak berkata, program tersebut mendapat penyertaan pelajar daripada enam buah sekolah sekitar daerah ini antaranya SMK Hillcrest, SMK Taman Selayang, SMK Sg Pusu, SMK Seri Kundang, SBPI Rawang dan SMK Tuanku Abdul Rahman.

Program kali kedua dianjurkan ini mendapat sambutan amat menggalakkan. Melalui program ini juga, kita dapat memberi kesedaran kepada golongan belia menjauhi zina dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Rahman Lai, serta membawa ketengah bakat terpendam peserta,”katanya.

Disediakan oleh :
Norsuziana Binti Sharip
Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.