KURSUS PRA PERKAHWINAN DAN KEKELUARGAAN 2018
MAKLUMAT UMUM

Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan di Jabatan Agama Islam Selangor adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kursus tersebut adalah diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin.

Kursus ini dianjurkan oleh semua Pejabat Agama Islam Daerah dan Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor dengan tujuan memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Ia diharap dapat dijadikan panduan oleh mereka dalam menghadapi kehidupan berkeluarga. JAIS berharap, kursus ini akan dapat membantu dalam mengurangkan permasalahan rumahtangga dan perceraian yang dihadapi oleh umat Islam di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

** Permohonan kursus ini boleh dipohon melalui pengisian borang yang boleh diambil dari Tingkat 4 Menara Selatan, Bahagian Undang-undang Keluarga JAIS atau secara download melalui laman web ini.

** Sila hantar borang beserta bayaran sebanyak RM 80.00 seorang di Tingkat 4 Menara Selatan, Bahagian Undang-undang Keluarga JAIS


** Waktu Operasi (Isnin - Khamis ; 8.00 pagi – 1.00 petang) (2.00 petang – 5.00 petang) dan (Jumaat ; 8.00 pagi - 12.15 tengah hari ) (2.45 petang – 5.00 petang)


** Pendaftaran (Sabtu ; 7.45 pagi – 8.15 pagi dengan membawa resit bayaran)


** Etika Pakaian :

PESERTA LELAKI : Kemeja atau T Shirt berkolar. Seluar jeans TIDAK dibenarkan

PESERTA WANITA : Berbaju kurung dan bertudung penuh. Selendang TIDAK dibenarkan


** Sebarang penangguhan / pembatalan hendaklah dimaklumkan 3 hari sebelum tarikh kursus


TARIKH-TARIKH KURSUS PRA PERKAHWINAN ANJURAN JAIS (BUUK) TAHUN 2018
BULAN TARIKH ( Sabtu - Ahad )
JANUARI

06/01/2018 - 07/01/2018 Buka
13/01/2018 - 14/01/2018 Buka
20/01/2018 - 21/01/2018 Buka
27/01/2018 - 28/01/2018 Buka

FEBRUARI 03/02/2018 - 04/02/2018 Buka
10/02/2018 - 11/02/2018 Buka
24/02/2018 - 25/02/2018 Buka
MAC

03/03/2018- 04/03/2018 Buka
10/03/2018- 11/03/2018 Buka
24/03/2018 - 25/03/2018 Buka

APRIL 31/03/2018 - 01/04/2018 Buka
MEI
JUN
JULAI
OGOS
SEPTEMBER
OKTOBER
NOVEMBER
DISEMBER


BORANG KURSUS
** DOWNLOAD BORANG KURSUS 2018

(untuk permohonan kursus di Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS sahaja)

** Kursus kahwin bagi tahun 2017 telah ditutup


** MAKLUMAT DAN JADUAL KURSUS PRA PERKAHWINAN DI PEJABAT-PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.

TEMPAT KURSUS

** Di Dewan Kuliah Sakinah, Aras G, Bangunan Sultan Idris Shah,No. 2 Persiaran Masjid, Seksyen 5 Bukit SUK, 40676 Shah Alam, Selangor

TEMPOH MASA KURSUS

** 2 hari (tiada bermalam)

BAYARAN KURSUS

** RM 80.00 merangkumi bayaran fail, alat tulis, sijil kursus, makan minum, bayaran kepada penceramah dan buku rujukan Memasuki Gerbang Perkahwinan Islam terbitan JAKIM


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

** Salinan IC semasa pendaftaran( jika diminta )


SOALAN YANG SERING DITANYA

Berapakah tempoh sah laku sijil Kursus Praperkahwinan Islam yang diikuti di mana-mana tempat yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri?

Tempoh sah laku sijil kursus adalah seumur hidup dan terpakai bagi seluruh Malaysia