KURSUS PRA PERKAHWINAN DAN KEKELUARGAAN 2017
MAKLUMAT UMUM

Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan di Jabatan Agama Islam Selangor adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kursus tersebut adalah diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin.

Kursus ini dianjurkan oleh semua Pejabat Agama Islam Daerah dan Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor dengan tujuan memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Ia diharap dapat dijadikan panduan oleh mereka dalam menghadapi kehidupan berkeluarga. JAIS berharap, kursus ini akan dapat membantu dalam mengurangkan permasalahan rumahtangga dan perceraian yang dihadapi oleh umat Islam di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

** Permohonan kursus ini boleh dipohon melalui pengisian borang yang boleh diambil dari Tingkat 4 Menara Selatan, Bahagian Undang-undang Keluarga JAIS atau secara download melalui laman web ini.

** Sila hantar borang beserta bayaran sebanyak RM 80.00 seorang di Tingkat 4 Menara Selatan, Bahagian Undang-undang Keluarga JAIS

** Sebarang pertanyaan, sila hubungi Seksyen Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) di talian 03-55143595 / 03-55143473 atau e-mel ke unitksk@gmail.com


** Waktu Operasi (Isnin - Khamis ; 8.00 pagi – 1.00 petang) (2.00 petang – 5.00 petang) dan (Jumaat ; 8.00 pagi - 12.15 tengah hari ) (2.45 petang – 5.00 petang)


** Pendaftaran (Sabtu ; 7.45 pagi – 8.15 pagi dengan membawa resit bayaran)


** Etika Pakaian :

PESERTA LELAKI : Kemeja atau T Shirt berkolar. Seluar jeans TIDAK dibenarkan

PESERTA WANITA : Berbaju kurung dan bertudung penuh. Selendang TIDAK dibenarkan


** Sebarang penangguhan / pembatalan hendaklah dimaklumkan 3 hari sebelum tarikh kursus


** PENTING!!! Wang pembayaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta membatalkan penyertaan tanpa alasan yang munasabah pada saat akhir (*KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD)


TARIKH-TARIKH KURSUS PRA PERKAHWINAN ANJURAN JAIS (BUUK) TAHUN 2017
BULAN TARIKH ( Sabtu - Ahad )
JANUARI

07/01/2017 - 08/01/2017Tutup
14/01/2017 - 15/01/2017Tutup
21/01/2017 - 22/01/2017Tutup
28/01/2017 - 29/01/2017Tutup

FEBRUARI 04/02/2017 - 05/02/2017Tutup
11/02/2017 - 12/02/2017Tutup
18/02/2017 - 19/02/2017Tutup
25/02/2017 - 26/02/2017Tutup
MAC

04/03/2017 - 05/03/2017Tutup
11/03/2017 - 12/03/2017Tutup
18/03/2017 - 19/03/2017 Tutup
25/03/2017 - 26/03/2017Tutup

APRIL 01/04/2017 - 02/04/2017Tutup
08/04/2017 - 09/04/2017Tutup
15/04/2017 - 16/04/2017Tutup
22/04/2017 - 23/04/2017Tutup
29/04/2017 - 30/04/2017Tutup
MEI 06/05/2017 - 07/05/2017Tutup
13/05/2017 - 14/05/2017Tutup
20/05/2017 - 21/05/2017Tutup
27/05/2017 - 28/05/2017(Ramadhan)Tutup
JUN 03/06/2017 - 04/06/2017(Ramadhan)Tutup
10/06/2017 - 11/06/2017(Ramadhan) Tutup
17/06/2017 - 18/06/2017(Ramadhan)Tutup
JULAI 08/07/2017 - 09/07/2017Buka
22/07/2017 - 23/07/2017Buka
29/07/2017 - 30/07/2017Buka
OGOS
SEPTEMBER  
OKTOBER  
NOVEMBER  
DISEMBER  


BORANG KURSUS
** DOWNLOAD BORANG KURSUS 2017

(untuk permohonan kursus di Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS sahaja)

** MAKLUMAT DAN JADUAL KURSUS PRA PERKAHWINAN DI PEJABAT-PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.

TEMPAT KURSUS

** Di Dewan Kuliah Sakinah, Aras G, Bangunan Sultan Idris Shah,No. 2 Persiaran Masjid, Seksyen 5 Bukit SUK, 40676 Shah Alam, Selangor

TEMPOH MASA KURSUS

** 2 hari (tiada bermalam)

BAYARAN KURSUS

** RM 80.00 merangkumi bayaran fail, alat tulis, sijil kursus, makan minum, bayaran kepada penceramah dan buku rujukan Memasuki Gerbang Perkahwinan Islam terbitan JAKIM


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

** Salinan IC semasa pendaftaran( jika diminta )


SOALAN YANG SERING DITANYA

Berapakah tempoh sah laku sijil Kursus Praperkahwinan Islam yang diikuti di mana-mana tempat yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri?

Tempoh sah laku sijil kursus adalah seumur hidup dan terpakai bagi seluruh Malaysia