Senarai Berita Terkini
SEMINAR KESEDARAN HALAL SEKOLAH
10 April 2018 - Seminar Kesedaran Halal Peringkat Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor 2018 anjuran Bahagian Pengurusan Halal JAIS telah dijalankan di Dewan Abu Hurairah Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Seminar ini melibatkan seramai 600 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah tersebut. Program ini turut membawa penceramah dari bahagian Hab Halal JAKIM iaitu Ustaz Luqman Nul Hakim bin Samad sebagai penceramah jemputan. Beliau telah menyampaikan ceramahnya yang bertajuk “Halalan Toyyiban Tanggungjawab Bersama”. Selain itu, seminar ini...
Baca penuh
seminar pendidikan
Rabu - 28 Mac 2018 - Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor telah menganjurkan Seminar Pendidikan Abad Ke-21 kepada hampir 700 para guru seluruh Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak SUK Selangor. Antara perbentangan seminar tersebut adalah "Transformasi Pentadbir Menuju Kecemerlangan Pendidikan Abab 21" yang disampaikan oleh Y.Bhg Tn. Mohd Asri bin Mansur dan pembentang ke dua adalah Y.Bhg Pn. Zaharimah binti Subaini dengan tajuk "Transformasi Guru Dalam Merealisasikan Pembelajaran Abad 21". Turut hadir ke seminar ini ialah Pengarah JAIS SS. Dato' Hj...
Baca penuh
kursus psikologi dan pengurusan tanah kubur
Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) telah mengadakan Kursus Psikologi Awalan Kanak Kanak Pra Sekolah melibatkan Guru Pra Sekolah Setiap Daerah Seluruh Selangor pada 23 hingga 25 Mac 2018 dan Kursus Pengurusan Tanah Kubur pada 24 hingga 25 Mac 2018 melibatkan Penyelaras dan Penggali Kubur Daerah Petaling dan Sepang. Majlis Perasmian Penutup kedua-dua kursus telah diadakan serentak di Auditorium ILDAS.
Baca penuh
MAJLIS IJTIMA' ALUMNI MAAHAD TAHFIZ ISLAM SELANGOR (MITS)
Shah Alam, 25 Mac 2018-Sekitar Majlis Ijtima' Alumni Maahad Tahfiz Islam Selangor (MITS) yang diadakan di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam pada 25 Mac 2018. Dalam majlis ini turut diadakan ceramah bertajuk Peranan Alumni MITS Dalam Pengekalan Hafazan Dan Menjana Kecemerlangan Umat Serta Pembangunan Negara oleh YBhg. Dr Mohd Shahid bin Mohd Noh dari Universiti Malaya, yang juga merupakan bekas pelajar MITS. Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam.
Baca penuh
Kursus PPP
Kursus Awalan Pendaftar Dan Penolong Pendaftar Perkahwinan Negeri Selangor telah diadakan pada 21-23 Mac 2018 bertempat di Institut Latihan Dakwah Selangor untuk memberi pendedahan awal berkaitan dengan fungsi, tanggungjawab dan etika Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan Negeri Selangor. Kursus ini melibatkan 35 calon Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan Negeri Selangor.
Baca penuh
seminar halal
Kuala Langat, 13 Mac 2018 -Selasa Bahagian Pengurusan Halal JAIS telah menganjurkan Seminar Kesedaran Halal Peringkat Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor 2018 di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (SAMTTAR) Kuala Langat. Seramai 400 pelajar dari tingkatan 4, 5 dan 6 menyertai seminar tersebut. Program tersebut menampilkan penceramah dari Hab Halal JAKIM iaitu Ustaz Mohd Amri bin Abdullah dengan tajuk "Halalan Toyyiban Tanggungjawab Bersama" dan ceramah seterusnya disampaikan oleh Ustazah Siti Fatahiayah binti Mahamood pensyarah dari Akademik Pengajian Islam...
Baca penuh
MAJLIS PECAH TANAH MASJID DARUL EHSAN TAMAN TUN ABDUL RAZAK AMPANG
Sabtu, 10 Mac 2018 - Sebuah lagi majlis pecah tanah yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali, Dato' Menteri Besar Selangor di Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak Ampang Masjid ini dianggarkan menelan kos sebanyak RM 7 juta. Dengan sumbangan kerajaan negeri selangor 6 juta dan 1 juta dana dari penduduk setempat. Masjid ini dijangka siap pada 24 Oct 2019.
Baca penuh
MAJLIS PECAH TANAH MASJID KG. KLANG GATE BARU
Sabtu, 10 Mac 2018 - Sekitar Majlis Pecah Tanah Masjid Kg. Klang Gate Baru yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali, Dato' Menteri Besar Selangor. Masjid ini dianggarkan menelan kos sebanyak RM 23 juta dengan sumbangan Kerajaan Negeri Selangor dan orang ramai. Masjid ini dijangka siap pada penghujung tahun 2019.
Baca penuh
MAJLIS RAMAH MESRA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2018
Kajang, 4 Mac 2018 - Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama beberapa NGO-i Khususnya Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) telah menganjurkan Program Ramah Mesra Sambutan Tahun Baru Cina Tahun 2018 dengan bertemakan "MENUJU KE ARAH KOMUNITI HARMONI" di Surau Saujana Impian, Kajang. Antara pengisian program adalah persembahan gendang cina, persembahan yoyo cina, persembahan orkestra, pertandingan kaligrafi cina, pameran kaunter dan lain-lain aktiviti. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah JAIS, SS. Dato' Hj. Haris bin Kasim dan majlis ini dirasmikan oleh Orang...
Baca penuh
PELAN TINDAKAN MENANGANI GEJALA KHALWAT
Shah Alam, 28 Februari 2018 - Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, SS Dato' Haris bin Kasim telah melancarkan Pelan Tindakan Menangani Gejala Khalwat Negeri Selangor 2018-2023. Bagi melancarkan pelaksanaannya, salinan pelan tindakan tersebut telah diserahkan kepada wakil-wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dalam majlis ini juga, pelekat "Jangan Terjebak Dengan Perbuatan Maksiat" telah diserahkan kepada pihak Malaysian Association of Hotels (MAH) untuk diedarkan dan ditampal di semua hotel yang ada di Negeri Selangor.
Baca penuh
Konvensyen Ahli Sunnah Wal Jamaah
27 FEBRUARI 2018 – Dalam usaha memberi pendedahan dan kefahaman kepada masyarakat tentang akidah dan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang diamalkan di negara Malaysia,  Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menganjurkan Majlis Konvensyen Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Negeri Selangor 1439H/2018M yang bertemakan “Ahli Sunnah Wal Jamaah: Mendepani Isu-Isu Khalafiah” bertempat di Auditorium Dr. Zainuddin Jaafar, KUIS. Majlis telah...
Baca penuh
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Guru KAFA
SHAH ALAM, 22 FEBRUARI 2018 - Jabatan Agama Islam Selangor telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Guru KAFA 2017, Meraikan Guru KAFA Bersara Dan Jasamu Dikenang 2018 pada 22 Februari 2018 (Khamis) bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz. Majlis ini meraikan seramai 493 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Guru KAFA Cemerlang bagi Tahun 2017 dalam lima kategori yang berbeza iaitu: 1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 (Guru KAFA) seramai 320 orang 2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 (Ketua Guru) seramai 29 orang 3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 (...
Baca penuh
SHAH ALAM, 18 JANUARI 2018: JAIS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pelajar,  guru dan ibubapa yang telah sama-sama berusaha meningkatkan pencapaian cemerlang dalam STAM tahun 2017 di seluruh sekolah kawalan JAIS.   Alhamdulillah, 5 sekolah JAIS tersenarai dalam 10 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) terbaik STAM 2017, iaitu;   1. SAMT Tengku Ampuan Jemaah (Terbaik Malaysia!)   2. SAMT Sultan Hisamuddin, Jalan Kota Raja   3. SAMT Tengku Ampuan Rahimah   4. SAMT Kuala Kubu Bharu   5. SAM Jeram
Baca penuh
SRAI Seksyen 19 Juara Piala DYTM Raja Muda Selangor
SHAH ALAM, 18 NOVEMBER 2017: Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Seksyen 19, Shah Alam berjaya merangkul gelaran Juara Piala DYTM Raja Muda Selangor Edisi 30/2017 buat kali pertama selepas menewaskan SK Seksyen 24 dengan mata jaringan 3-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Padang SUK Selangor hari ini. SRAI Seksyen 19 telah membuka tirai jaringan melalui pemain yang memakai jersi nombor 13, Muhammad Arif Danish bin Jafri. SK Seksyen 24 bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama menjadikan kedudukan terikat 1-1. Memasuki separuh masa kedua, ketua...
Baca penuh
Pemeriksaan Premis Penyembelihan
SEMENYIH, 17 OKTOBER 2017 – Hasil pemeriksaan ke atas sebuah premis penyembelihan dan pemprosesan ayam mendapati premis tersebut menggunakan perbahasan halal ke atas ayam yang telah diproses. Pemeriksaan ini dilakukan hasil daripada aduan awam yang telah diterima oleh Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Selangor. Pemeriksaan ke atas premis tersebut telah berlangsung selama lebih kurang 4 jam, bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Selain Jabatan Agama Islam Selangor, pemeriksaan itu turut melibatkan Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (...
Baca penuh
Shah Alam, 15 Februari 2017 (Rabu) – Kenyataan media ini dibuat adalah bagi menjelaskan laporan awal hasil siasatan keterlibatan beberapa van jenazah milik masjid-masjid kariah dalam demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor pada 14 Februari 2017 sekitar jam 10.00 pagi. Demonstrasi ini telah diketuai oleh Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Dato’ Seri Jamal bin Md Yunos. Siasatan awal yang dijalankan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendapati terdapat unsur-unsur memanipulasi dan...
Baca penuh
12 Disember 2016  - Majlis Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Selangor 1438H / 2016M telah diadakan di Stadium Melawati Shah alam. Sebanyak 86 kontenjen yang terlibat dengan perarakan Maulidul Rasul mewakili setiap Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO), IPTA, Masjid dan Sekolah Menengah. Turut hadirdalam perarakan tersebut adalah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor. Majlis bermula dengan ketibaan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj Ibni Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj dan Tengku Pemaisuri Norashikin disambut...
Baca penuh
9 Disember 2016  - Satu Majlis meraikan kunjungan delegasi dari Patthani Thailand ke Negeri Selangor telah di adakan di dewan Sakinah Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Kunjungan tersebut disambut oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Mufti Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor. Kunjungan Selama hampir 2 jam tersebut telah memberi ruang kepada semua agensi agama Islam di Negeri Selangor ini berkongsi pengalaman dan pelaksanaan berkaitan agama Islam khusus nya di Negeri Selangor. Kunjungan ini amat bermakna kerana banyak isu – isu yang dikongsikan...
Baca penuh
9 Disember 2016  - Majlis bacaan Yassin sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor telah dilaksanakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. Majlis tersebut turut dihadiri olah Raja Muda Selangor dan Tengku Laksamana Selangor. Bacaan Yassin telah dipimpin oleh Y.Bhg Timbalan Mufti Selangor Sahibus Samaah Dr. Haji Anhar bin Haji Opir yang mana turut menyampaikan Khutbah Jumaat pada hari tersebut. Manakala solat jumaat pula telah diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Sahibul Fadilah Muhammad Farhan bin Wijaya. Majlis berakhir pada jam 2.30 petang. Sekian Terima Kasih.
Baca penuh
1 Disember 2016  - Perhimpunan bulanan Jabatan Agama Islam Selangor kali ini dihoskan oleh Bahagian Undang – Undang Keluarga telah dilaksanakan di Dewan Auditorium Yayasan Restu, Shah Alam. Perhimpunan ini dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Fahmi Asraf bin Razali Bilal Masjid Negeri dan diteruskan oleh Nyanyian lagu Negeri Selangor oleh Kumpulan KOIR Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuai oleh Encik Mahzan bin Manan. Kemudian majlis diteruskan oleh ucapan aluan oleh Ustazah Salwana binti Ahmad Dahlan Ketua...
Baca penuh

Pages